Aishah berjalan sekitar masjid jamek bersama Aqilah, sahabatnya... namun mata-mata yang asyik memandangnya merimaskan Aishah untuk meneruskan perjalanan..atas sebab inilah dia merasa malas untuk keluar berjalan-jalan...tapi, Aishah tidak sanggup membiarkan Aqilah keluar seorng diri...dia seorang perempuan...jadi, Aishah terpaksa...
Aishah berat hati...di masjid jamek pun orang dah pandang semacam...ni dekat Mid..lagi la...erm..
'Oh! ok2...bole je...' hanya itu yang mampu dijawab Aishah untuk tidak menghampakan sahabatnya...
mereka lantas terus ke Mid Valley menaiki komuter. Setibanya di sana, Aqilah masuk ke kedai Levis, Aishah hanya mengekori...seperti biasa, ada saja mata yang memandang..
kemudin Aqilah ke kedai Adidas, Aishah menurut lagi. Aqilah membelek-belek kasut dengan asyiknya. Tiba-tiba Aishah ternampak sesuatu..
'YA ALLAH..macam mana ni Aishah? ' Aqilah baru ternampak ada kertas tergantung di hujung kasut tersebut yang ditulis 'diperbuat dari Kulit Babi'.
'macam mana ye Aishah?' tanya Aqilah lagi..
Petang itu, seperti biasa Aishah gemar menjamu rakan serumahnya minum petang. Petang ini, dia berniat untuk berdiskusi dengan sahabat2nya tentang satu perkara.
'baik...sahabatku..' balas Aqilah .
bole...silakan, memang kitorang tengah free ni...' jawab Ika.
'hm,ape pandangan korang tentang orang yang memakai tudung labuh?' tanya Aisyah.
'pandangan...maksud Aisyah dari segi ape? tanya Ila mendapatkan kepastian.
'tak kisah, contohnya...dorang tak boleh ke pg 'shopping'...hm,pelik ke kalau orang yg pakai tudung labuh ni masuk kedai branded...' sambung Aisyah.
'owh...bagi Ila, tak kisah la mereka nak ke mana saje dengan pakai tudung labuh...dunia sekarang...kan dah open...' Ila memberi pendapat.
'bagi Ika, tak kisah je sebenarnye..tapi yang nampak pelik mungkin sebab tak ramai yang pakai tudung labuh...so, bilangan yang sedikit tu menjadi perhatian orang bila pergi shopping complex,nak2 kalau masuk kedai Giordano ke, Padini ke...sebab dorg kan tak pakai baju-baju macam tu...so,pelik la jugak...' hujah Ika panjang lebar.
'hm,yang Atif tau la eh...ini pendapat Atif je tau...jangan terasa hati....hm,orang yang pakai tudung labuh ni, susah nak cari kerja..selain tu, orang pun takut nak dekat..hm,tak tau la kenapa macam tu. dulu mase Atif dekat universiti, golongan2 budak tudung labuh ni ada geng dorg sendiri..so, Atif dengan kawan-kawan Atif memang tak kawan dengan dorg...tapi lepas dah kenal Aisyah, Atif baru tahu yang tak semua budak tudung labuh susah didekati..' beritahu Atif.
'hm,tang susah nak dapat kerja tu, kenapa plak timbul pendapat macam tu eh?' Aisyah minta kepastian. sungguh hatinya terusik bila Atif berkata begitu. namun didiamkan aje supaya Atif berterus-terang dengannya.
'Entah la...tapi ramai la orang kata..dulu,mak Atif pun tak bagi Atif pakai tudung besar-besar sangat..katanya susah nak dapat kerja..tapi sebenarnya kitorang tak kisah la Aisyah nak kawan dengan Aisyah...kan?' tanya Atif pada Ila dan Ika. mereka mengangguk.
'lagipun, Aisyah budak baik...sebab tu Aisyah pakai tudung labuh...kitorang ni belum cukup ilmu lagi...belum dapat seru lagi...insyaallah, Aiyah doakan la satu hari nnt ye...' tambah Ila.
'hm,syukran jazilan sahabat-sahabatku...pendapat kalian amat berguna buat Aisyah...cuma Aisyah nak tambah beberapa perkara dekat sini...inipun sekadar pengalaman Aisyah,
kebaikan mahupun kealiman seseorang tak bole diukur dari pakaian...begitu juga ilmu, orang yang tinggi ilmu agama tak semestinya memakai tudung labuh....saiz tudung bukan la yang di titik beratkan dalam Islam..tetapi, Aurat itu yang Islam suruh tutup. kalau pakai tudung besar pun, tapi jarang...it's stil the same dgn tak pakai tudung kan?...tak kisah la kalau sahabat-sahabat Aisyah ni pakai tudung besar mana, yang penting menutupi dada dan leher'. tudung masa kini kan dah banyak yang semakin nipis..dah ramai yang selimpang tudung sampai menampakkan dada...'
'tapi..zaman sekarang tak macam zaman dulu...zaman dulu, orang yang pakai tudung adalah orang Islam, jadi segala tindak-tanduk mereka yang bertudung mengikut syariat Islam. tapi zaman sekarang, kita sendiri keliru sama ada yang tak pakai tudung tu orang Islam ke bukan...betul?
selain itu, zaman skrg orang yang pakai tudung, tindak-tanduk mereka tak sesuai dengan apa yang mereka pakai...contohnya , org yg pakai tudung, even yang pakai baju kurung..dah tak dipandang pelik kalau dorg buat maksiat, pegang tangan ke, peluk-memeluk, tengok wayang, pergi konsert dan macam-macam lagi la...
'sebab tu Aisyah perlu pakai tudung labuh atau tudung saiz besar...dengan keadaan dunia zaman sekarang...tak mustahil Aisyah bole buat apa yang Aisyah paling benci tengok orang buat...Aisyah bole tengok wayang, Aisyah bole ada boyfriend, pergi dating...sebab perkara-perkara tu tak dipandang pelik even Aisyah pakai tudung.
Aishah rela orang pandang pelik bile Aisyah jalan-jalan pg shopping dgn tudung labuh, Aisyah rela diperhati orang bila Aisyah makan baca doa, habis makan baca doa, sebelum masuk tandas awam baca doa...Aisyah tak kisah kalau orang pandang bila Aisyah baca Al-quran masa dalam tren atau bas...sebab Aisyah harap org-org yg pandang tu akan buat apa yang Aisyah buat...
Aisyah tak nak jadi role model benda yang tak elok...sbb kalau org buat maksiat sbb dorg tgk Aisyah pernah buat...dosa dorg buat maksiat tu, sampai mati Aisyah kene tanggung..hm, buat pahala pun sikit..inikan nak tanggung dosa org...NAUZUBILLAH...' Aisyah mengakhiri hujahnya..
'baik ustazah...' perli sahabat-sahabatnya..
'jangan cakap macam tu..Aisyah bagi pendapat je la...bukan niat Aisyah nak riak, tapi just nak bagi contoh dekat korg je..supaya korang faham...ok?' tambah Aisyah..
sahabat2nya tekun mendengar...sama ada masuk ke dalam hati mereka, itu Wallahua'lam..
Aisyah tak kisah...sama ada mereka nak ambil kata-katanya atau tidak, itu dia tak kisah.yang penting, Aisyah dah membetulkan perspektif mereka terhadap org yg memakai tudung labuh...
'Allah, di dunia-Mu ini aku merasa begitu terasing...aku berharap diakhirat kelak, aku tidak asing BAGI-MU' ~~~ monolog Aisyah..(~_~)
No comments:
Post a Comment
respons