hamba Allah yang diuji dengan ujian maha berat...
26 November 2010,
tragedi ngeri menimpa dirinya
lantas membuatkan masa hadapannya gelap gelita
akibat tragedi itu, kini dia menanggung derita
tanpa kedua-dua belah tangannya
dan juga sebelah kaki kirinya
malah hampir 70% badannya lecur
Allahuakhbar...
diduga dengan kesusahan hidup dlm keluarganya
ditambah pula dengan penderitaanya kini
subhanallah
dia seorang hamba Allah beruntung...
mengapa beruntung?
kerana tingginya kasih sayang Allah padanya
kerana ujian yang diberikan padanya itu
Allah Maha Tahu
dia mampu menghadapinya
sungguh!dia kuat, tabah dan hamba yang sabar
melihat air mukanya
senyuman paksa yang cuba diukir
membuatkan hati saya benar2 sayu...
beruntung dia mempunyai seorg kakak yang penyayang
sangat penyayang dan sabar menjaga adiknya
kasih sayang dr kakaknya jelas kelihatan
namun,
hati kakak mana tidak sayu
bila memikirkan tentang masa depan adiknya
bagaimana agakya adiknya harus mengharungi hidup di masa hadapannya
air mata nya deras mengalir saat ditemubual
melihat penderitaan saudara Hairuman tadi
yang baru sahaja berusia 22 tahun
hati saya bermusahabah
bagaimana pula dengan ujian hidup saya
adakah seberat itu??
atau lebih dari itu??
mampukah saya menghadapinya??
hati terus bertanya-tanya
jika sekrang saya masih lagi tidak menginjak untuk berubah
pasti saya tak kuat utk hadapi ujian Allah
(~_~)
link tentang saudara hairuman
No comments:
Post a Comment
respons