'Sal, macam mana nak jadi baik macam awak ye Sal...' luah Amani tiba-tiba.
'apa ni Amani...saya biasa je la...,macam awak juga...' terus-terang Imtisal kurang senang dengan kata-kata Amani tadi kerana dia tahu ia tak benar sama sekali. Dia bukan baik seperti Amani sangka. Dia bukan solehah seperti orang lain lihat. Dia kotor, dia jijik, dia diulit dosa yang berulangan.
'Sal...sekurang-kurangnya awak tak banyak buat jahat macam saya...' tambah Amani lagi.
'Dah la Amani, apa yang kita perlu buat sekarang, tekad untuk berubah, ok.kita sama-sama berubah dan saling membantu untuk berubah.' Sal mematikan kata-katan Amani. Dia tidak mahu lagi dipuji. terasa dia telah menipu ramai orang. Penampilannya tidak selari dengan akhlaknya....Masya Allah.
No comments:
Post a Comment
respons