sejak beberapa bulan yang lalu
saya sedar sesuatu setelah diuji
benarlah sesungguhnya ujian Allah itu ada hikmahnya malah hikmahnya besar (^_^)
saya sedar
betapa ramainya umat islam di luar sana
yang boleh bersatu
namun...
bukan untuk menegakkan syiar Islam (~_~)
saya juga sedar
betapa ramainya saudara-saudara saya di luar sana
yang merasakan setakat solat 5 waktu itu cukup untuk menjadi muslim soleh
(termasuk saya)
Astaghfirullah...
Ya Allah,
Layakkah saya untuk menghadapMU
Malunya saya untuk menemui kekasihMU
apatah lagi untuk managih syafaat baginda
Masakan tidak,
Rasulullah saw siang dan mlm memikirkan perihal umat2 baginda
sedang kami... (~_~)
Rasulullah saw rela sakit demi untuk menyelamatkan umat2nya dari di azab olehMU
sedang kami.... (~_~)
Allah,
UjianMU buat aku sedar betapa diri ini masih jauh untuk mndapat syafaat baginda
aku ingin berubah
berubah menjadi muslim yang lebih baik
lebih mencintai Rasulullah saw
sunnah baginda akan cuba aku praktikkan dalam kehidupan semaksimum mungkin
kelak aku disoal tentang sumbanganku terhadap agama, aku tidak mahu lidahku kelu
petunjukMu aku tagih
perlindunganMU pun aku raih
walaubagaimanapun, aku tahu kebergantungan yg tinggi terhadapmu Ya Rabbi akan melunakkan lagi rasa keberkatan dalm hidup
Insyaallah.
No comments:
Post a Comment
respons