Saturday, September 24, 2011

Realiti

'Sal, macam mana nak jadi baik macam awak ye Sal...' luah Amani tiba-tiba.

'apa ni Amani...saya biasa je la...,macam awak juga...' terus-terang Imtisal kurang senang dengan kata-kata Amani tadi kerana dia tahu ia tak benar sama sekali. Dia bukan baik seperti Amani sangka. Dia bukan solehah seperti orang lain lihat. Dia kotor, dia jijik, dia diulit dosa yang berulangan.

'Sal...sekurang-kurangnya awak tak banyak buat jahat macam saya...' tambah Amani lagi.

'Dah la Amani, apa yang kita perlu buat sekarang, tekad untuk berubah, ok.kita sama-sama berubah dan saling membantu untuk berubah.' Sal mematikan kata-katan Amani. Dia tidak mahu lagi dipuji. terasa dia telah menipu ramai orang. Penampilannya tidak selari dengan akhlaknya....Masya Allah.


Thursday, September 22, 2011

Tragedi 18 September

oh.....My Saladin got hit by lorry....(~_~)

retak seribu (~_~)


pakej ok...pecah belakang...habis kne tukar sume...huuuu~~~





hurm, dah sebulan pun berlalu tragedi nih. tapi ia masih kekal di ingatan saya. bg pengalaman pertama 'ditabrak' @ dilanggar ...hehehe....saya sgt2 gelabah + takut + sedikit fobia utk meneruskan pemanduan. tapi semangat nak beraya punye pasal, gagahkan jugak diri ni drive.

to lori yg bernombor plat WNB 5**8, agak2 klo sampai saman nnt, fhm2 la ye. sape suh tak berenti bila da langgar org. mentang2 saya perempuan.huh!

kembali bermuhasabah diri, saya kembali mngenang dosa-dosa yg saya lakukan sebelum kejadian. yg paling utama adalah saya lupa membaca doa. Astaghfirullah!benar lah doa itu senjata org mukmin.

bercerita tentang doa, saya teringat kisah. semasa tahun 3 di UM, ketika saya dan rakan2 balik dari shopping raya dr masjid jamek. masa hari balik, kami tersesat jalan @ tersalah jalan menyebabkan kami terpaksa melalui jalan yang jauh.

" oh!kita lupe baca doa la tadi " saya berseloroh dengan rakan2.
"a'ah lah...jom2 kita baca skrg " respon seorang rakan saya.

tiba di traffic light menghala ke UM, kami berhenti kerana traffic light merah. tiba saat traffic light tu hijau, kereta kami terundur ke belakang. mujur kawan saya yg duduk di sebelah side pemandu sempat menarik handbrake. cemas juga kami awalnya tapi Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. saya bermuhasabah sensiri betapa doa telah menyelamatkan kami. Ye, saya yakin Allah melindungi kami kerana doa yg kami telah baca td. Subhanallah, Alhamdulillah!

tapi jgnlah nnt anda beranggapan bila baca doa takkan berlaku kemalangan. sekiranya Allah mentakdirkan berlaku kemalangan, ia tetap berlaku juga. berserah dan bertawakal je la pada Allah.

Thursday, September 15, 2011

Oh! Ibu Mertuaku....

Si kecil : Nenek...nak nasi...
Nenek : Mama mane?
Si kecil : Mama tido...


si kecil : Nenek....nak susu..
Nenek : Mama mane?
Si kecl : Mama tido...


Si kecil : Nenek...yak...
Nenek : Mama mane?
Si Kecil : Mama tido...

*** Fikirlah sendiri dan renung2kan sambil ambil iktibar (^_^)


Monday, September 12, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran Sahabatku....

3 tahun yang lalu...
kami berempat membeli kad hari jadi untuknya
kad itu tertera nombor 21
cantik!!
kami beli awal sebelum tarikh 12 September...
disebabkan kami beli awal
sampai skrg kad tersebut masih tersimpan pada saya
kami terlupa nak bagi
tak tingat sebab apa
yang pasti masa tu kami dah wish kat dia

kini,
genap umurnya 24 tahun
tapi kini dia di alam lain
hadiah terbaik untuknya
adalah alfatihah dan doa

SelamatUlangtahun Kelahiran Sahabatku, Arwah Muhammad Shafiq bin Ibrahim.AlFatihah.

Tuesday, September 6, 2011

Bercinta Hingga Ke Syurga

Semestinya semua orang mengharapkan apa yang saya tulis kat atas tu kan
SEMESTINYA kan?

tapi bagaimana mulanya?
apakah asasnya?

"Begin with Ends in Minds"
kata-kata feveret saya dr Ustaz Hasrizal.

sehingga hari ini saya masih hairan dengan org yg mudah berganti pasangan
selepas putus dengan si A, xlme lepas tu dgn si B plak
then putus dgn B, C plak menubat hati.
Mudah.my betul.

setelah dikaji,
baru saya faham macam mana kes mcm tu bole jadi.
masa bercinta dgn A, B dan C adalah kawan.
then, bile putus dgn A, dr kawan, B jadi pacaran.
begitulah juga dgn si C.
huuuuuu~~~~~

pernah saya diuji oleh seorg kawan yg membuat sy berfikir lama dan terdiam.

'xpe ke x bercinta sebelum kahwin ni?
tak takut ke lepas kawin nnt baru psgn kita ni tunjuk belang?'

saya pula membalas:

'then, bercinta byk2 kali ni, ok ke?'
'kesian plak kat psgn kita tu dah jadi psgn yg ntah ke berapa..."

dia sekali lagi menyoal..

' at least dah byk pengalaman, lepas kahwin nnt senang'

saya diam dan tersenyum.
menjelaskan kepada yang kurang faham bukan mudah.
dan saya masih tiada ayat terbaik waktu itu.
risau persahabatan yg terjalin bertukar bermasam muka pula nnt.

sehingga kini,
secara jujur, saya masih belum berseda utk ke gerbang perkahwinan
dari segi ilmu agama dan dunia, kewangan, tanggungjawab
segalanya masih belum stabil.
lainla kalau ada kerabat diraja yang kacak dan beriman dtg merisik
hahahahahaha.....confirm approve (^o^).

~~~@ saya ngomel psl ape ntah. ok, gtg, bilik blum kemas sjk pulg dr kampung lagi.....huahhhhh....(#_#)




Monday, September 5, 2011

Menilai Pada Luaran

Emosi turun naik

ternyata apabila melihat luaran yang cantik
terus di hati tertawan
lantas keinginan untuk memiliki wujud
untuk apa dan kerana apa sebenarnya keinginan itu wujud?
untuk dibanggakan
semestinya....

sedang hati tahu
indah di luar belum tentu indah di dalamnya
cantik zahirnya belum tentu cantik batinnya
namun ada pula yang mencantas
luaran melambangkan keperibadian dalaman
Subhanallah, andai ada indah luar dan dalam...

muhasabah pula...
sudah cukup layakkah diri sendiri untuk memiliki yang cantik serba serbi
sudah benar-benar bersediakah diri sendiri untuk berdamping dengan yang indah luar dan dalam...

moga keinginan yang wujud itu bukanlah lagi untuk dibanggakan tetapi untuk di syukuri nikmat dariNYA

(^__^)