Tuesday, November 29, 2011

Eh!

Izhan duduk bersama Adibah di meja sudut tepi.
dilihatnya keletah Arif yang sejak dari tadi aktif memetik gambar.
malas dilayannya.
dia melentokkan kepala di meja, melayan mata yang tidak mengantuk
tiba-tiba satu suara menegur Adibah.

'tidur ke?'
'agaknya' balas Adibah
'hurm...baru nak ambik gambar..'

'nape...tak la...' tiba-tiba lantas Izhan bersuara.
'nak ambik gambar jap...' balas Arif.
'malas la..'balas Izhan.
'ala...bolehla...' pujuk Arif.
'yela...yela...cepat...'entah kenapa dia hanya bersetuju.

Arif dah pun bersedia di depannya dengan handphone di tangan.
'cepatlah Dibah' Izhan menarik Adibah bila dilihatnya Adibah semakin menjauh.
sedang Arif dah lama bersedia dihadapan mereka.
'takpelah...Izhan je la...' Adibah seakan memberi laluan.
'cepatlah dibah...'pujuk Izhan lagi.

Arif yang sejak tadi bersedia tiba-tiba bersuara.
'ooopppsss...kantoi' sambil matanya memandang ke arah pintu di belakang Izhan.
terus Izhan menoleh kebelakang.
Aqilah.

Aqilah terus mengambil tempat duduk di belakang Izhan.
'nape lambat?' pantas Izhan menegur.
'tadi pergi jumpa orang jap' balas Aqilah.

pantas Arif bangun dan duduk di depan Aqilah, membelakangkan Izhan.
apa yang dibualkan mereka Izhan tidak mahu ambil tahu.
tiba-tiba beberapa titisan air deras turun jatuh ke mejanya.
Izhan dan Adibah segera bangun untuk beralih tempat.

'nape?' tegur Arif
'atap bocor kot, tukar tempatla' balas Izhan bersahaja.
segera Arif mempelawa untuk menolong. Izhan geleng.
'tepi sikit bole?' mintaIzhan krn ternyata ruang untuk dia keluar dan Arif yang berada di belakangnya sempit.
tiba-tiba Izhan merasakan bahunya dipegang. Dia yakin Aqilah tak nampak.

Izhan mengambil tempat bertentangan dengan kedudukan Arif.
'ha...!

.
.
.


Izhan membuka mata!
Ya Allah! aku mimpi rupanya.
tapi kenapa mimpi dia?
kenapa dengan mudah dia terima pelawaan Arif untuk mengambil gambar?
kenapa dia hanya senyum saat bahunya dipegang Arif.
dan kenapa Arif beriya-iaya mesra dengannya sedangkan dia dah ada Aqilah????

Dia beristighfar.
menyambung tidur
sejam kemudian dia kembali tersedar.
kali ini dia tekad untuk bangun dan bersolat.
2 kali Allah mengejutnya.
bersalah pulak rasanya diabaikan sedarnya itu.

Saturday, November 26, 2011

Rezeki, Nikmat dan Syukur


Sudah jatuh ditimpa tangga.

Allah menguji saya lagi
Subhanallah, betapa sayangnya Allah pada hambaNYA
malu rasanya bila kembali memuhasabah diri....


"Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) dibanding kehidupan akhirat" (13:26)

Semasa rezeki melimpah ruah, nafsu mula menguasai diri. lupa pada Yang Memberi Rezeki, sehingga merasakan rezeki yg diturunkan adalah hak milik sendiri yg kekal abadi.



Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan. "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka azabKu pasti sangat berat" (14:7)

Nikmat tidak sentiasa ada, tetapi bersyukur itu perlu sentiasa. itulah kata-kata dan tindakan yang harus dipegang. Namun, saat nikmat ditarik, barulah tersedar dan mahu bersyukur.


"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNYA. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" (65:3)

berpegang teguh pada ayat di atas. Sesungguhnya Allah sebaik2 tempat bergantung. Usaha!berserah & tawakkal!dalam masa yang sama bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Bersyukur bila diuji Allah kerana itu tanda Allah merindui rintihan hambaNYA. Allah masih peduli akan kita.



Subhanallah!
Alhamdulillah!
Allahuakhbar!


Friday, November 25, 2011

berakhirnya kisah itu

Izhan membelek-belek tiket penerbangannya
Adakah apa yang dilakukan kini adalah satu tindakan yang benar
kejam sangatkah dia?
egois kah dia?

peristiwa hampir setahun yang lalu bermain2 semula dimindanya
air matanya menitis lagi
untuk keberapa kali, dia sendiri tak pasti
hampir setahun peristiwa itu berlaku
namun lukanya benar2 memakan masa untuk sembuh
hampir setahun jugalah dia tidak menghubungi teman-temannya
selama itu jugalah dia jadi penduduk nomad
hanya utk mengelakkan dari dikesan oleh teman-temannya

berpuluh emel, surat yang dihantar teman-temannya
1 pun tidak dibalasnya
Aqilah, emel dan surat dia lah yang paling banyak
beratus kali jugalah pesanan Aqilah melalui keluarganya diterima Izhan
1 pun tidak dapat melembutkan hatinya
Aduhai....kerasnya hatimu Izhan Azreen.

Kini,
dia disini
menanti untuk meninggalkan teman-temannya lebih jauh
beribu batu
tegarnya dia tidak memberitahu teman-temannya
egokah dia?kejamkah dia?
ternyata dia berdosa pada teman-temannya.

'Assalamua'laikum'

Lamunan Izhan terganggu. kenal benar dia dengan suara itu.

'err....Waalaikumsalam'

'Izhan! Ya Allah, Arif ingat Arif salah orang tadi. Sihat? Buat apa kat sini?'

bertalu-talu soalan Arif. Lidah Izhan kelu. Kenapa?Kenapa Arif yang dia jumpa?.

'Izhan....'

'emmm...hantar kawan...hantar kawan sambung belajar...' spontan Izhan menjawab soalan Arif dalam gagap-gagap.

'oh...sorang je ke?kawannye mana?'

'aaaa...dia...tandas...I mean pergi tandas.' Izhan buntu. ternyata taktik penipuan dia gagal.Arif pasti curiga dengan jawapannya.

'Buat apa kat sini?' lantas izhan memintas sebelum Arif menyoal yang bukan-bukan.

'Arif hantar sepupu sambung belajar. tak sangka dapat jumpa Izhan kat sini'

'hurm...' Izhan menggangguk dan senyum.dia ingin meminta diri tapi belum sempat dia bersuara Arif lebih dulu memintas.

'Izhan masih marah pada Arif?pada Aqilah?'

'Gulp!kenapa dia ungkit lagi kisah setahun lalu.Ish!!...'getus hati Izhan sambil Izhan ketap bibir sedang reaksinya diperhati Arif yang setia menanti jawapan.

'hurm, dah lama pun cerita tu.kita lupakan je la ek.ok la, saya kne pergi dulu ni.Assa...' belum pun sempat Izhan menghabiskan ayatnya tangannya ditarik.

'Izhan...nanti dulu.'

'Ish!ape nih' Izhan yang terkejut dengan tindakan Arif lantas menepis kasar tangan Arif.

'Sorry2...serius..sorry2...Arif tak maksud nak sentuh Izhan. But, please before u leave, tell me the truth. terus-terang dengan Arif apa sebenarnya yang Izhan alami, yang Izhan rasa setahun yang lalu sampai sekarang ni. kenapa sampai sekarang Izhan tak contact2 Aqilah dan kawan-kawan Izhan yang lain...kenapa...'

"Enough!' jerit Izhan tiba-tiba.

Arif terdiam.Dia lihat muka Izhan kemerah-merahan seperti menahan marah yang amat sangat.tapi lama-kelamaan matanya berkaca.

'u need my explanation right?then, shut up and listen here carefully.' tegas Izhan. Arif hanya akur dan mendengar.

' On that day, Izhan rasa ditipu, dikhianati oleh kawan baik Izhan sendiri. bukan sorang tapi keenam2nya sekali. kenapa?kenapa diorang mesti rahsiakan hari bahagia Aqilah pada Izhan.siapa Izhan dihati diorang? kononnya nak jaga hati Izhan, then, kenapa yang lain boleh datang, Izhan tak boleh?sebab Izhan pernah ada sejarah dengan Arif?then, sebab tu Izhan dikecualikan. Habis, nak rahsia sampai bila? at last Izhan akan tahu jugak kan?.

And you, Arif. since when Arif kenal Aqilah?kenapa Izhan kene tahu semua bende nih melalui orang lain dan bukan dari mulut Arif dan kawan-kawan Izhan sendiri. Kenapa Izhan kene siasat sendiri untuk Izhan tahu semua ni?.Apa makna kawan pada diorang terhadap Izhan. kalau betul diorang kawan Izhan, diorang akan kenal izhan.diorang takkan tegar buat izhan macam ni.

Izhan seperti diperbodoh2kan oleh korang tau x? hampir 4 tahun Izhan kawan baik dengan Aqilah, kenapa Izhan baru tahu hubungan dia dengan Arif setahun yang lalu?sedangkan korang dah kenal 2 tahun yang lalu. dah nak nikah nnt baru nak surprise kat Izhan.Macam tu? sengaja nak bg malu besar sikit dkt Izhan, biar izhan nangis depan orang ramai.macam tu yang korg nak? ha?

'Izhan...'arif cuba mencelah.namun, sedikit pun Izhan tak membenarkan.

'Shut up.Let me finish first!'

' tell her, sekalipun Izhan simpan perasaan kat Arif beribu2 tahun, ia tetap tak memberi apa2 kesan to u'r relationship sebab cinta yang bertepuk sebelah tangan nih takkan berbunyi. last but not least, this ticket is mine! Izhan sambung blaja kat Korea 2 tahun. So, kalau korg kahwin dalam masa 2 tahun ni, I'm sorry I can't attend. Congratulation to both of you.'

Izhan senyum sinis dan berlalu pergi.

'Izhan!' Arif cuba menahan.

"Arif minta maaf. ok, itu je la yang Arif tahukan. tapi this time, really...Arif betul2 minta maaf. kitorg tahu, kitorg dah x boleh nak putar masa,nak betul kan balik keadaan. Arif faham kalau Izhan susah nak maafkan Arif tapi please maafkan Aqilah...'

'oh....how's sweet you are...' dengan sinis Izhan mencelah .

'Let me clear u something, I dah lama maafkan Aqilah and all my best fren include u! siapa I utk berlagak baik macam org tak pernah buat salah kan. But, u must know, luka tu boleh sembuh tapi parutnya masih ada kan'

'Attention to all passengers...'

kedengaran pengumuman memanggil penerbangan Izhan. Dia harus segera menyelesaikan maslah agar dia pergi dengan senyuman, bukan air mata.

"Arif..' hatinya menjadi lembut tiba-tiba.

'Izhan minta maaf atas kekasaran Izhan tadi.ok, macam nilah. beritahu Aqilah and all my best fren, I already forgive them. let bygone be bygone. Izhan pergi jauh pun untuk ubat hati tapi bukan merajuk.cuma mencari ruang utk kembali memuhasabah diri tanpa sebarang gangguan. biarlah Izhan kembali mengenal diri Izhan yang dah setahun hilang. balik dari Korea nnt insyaallah Izhan sendiri yang datang cari diorang. and you, take care hati Aqilah betul2 k. Izhan doakan kebahagian Arif dan Aqilah. Izhan pergi dulu.' entah kenapa. hatinya tiba-tiba sayu. kini dia merasa lebih lega berbanding tadi. dia mampu tersenyum.

'terima kasih Izhan, take care of urself too' pesan terakhir Arif.

'hurm,by the way. u promise me not calling me Izhan kan, so please call me Azreen after this.ada yg cemburu nnt, susah u' Izhan sempat bergurau.

'ok!' balas Arif dengan senyuman.

'Assalamua'laikum'
'Waalaikumsalam'

langkah demi langkah Izhan meninggalkan Arif. Arif pula memerhati Izhan hingga hilang dari pandangan. hatinya lega.terasa satu beban lepas dari tanggungannya. ternyata Izhan seorang yang cukup kuat. moga Allah sentiasa lindunginya disana. Doa Arif dalam hati.

dari satu sudut, ada sepasang mata yang memerhati dan mencuri dengar sejak tadi.


****** tobecontinuelater2 (^__^) ******

Ilmu Biar Tinggi, Hati Biar Rendah

apa perasaan anda bila orang pandang enteng pada anda?
'enteng' means 'rendah' la...hehehe

saya rasa,
bile orang pandang rendah pada saya...
1stly, saya TERASA rendah ~~~ heee...motif????
2nd, saya tersinggung
3rd, saya lack of confident
4th, saya malas nak kawan dengan orang tu ~~~ bole ke camtu??? (T.T)
last but no least, saya cuba utk muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri.

*** yg ke5 baru positif nyer...ish2...ape2pun, thanks for pandangan anda yg rendag terhadap saya itu krn saya akan cuba sabar dan terus tinggikan lagi diri....~~~ (o.0)?

Tuesday, November 22, 2011

Diam itu Mungkin Lebih Baik

kadang diam itu menyatakan segalanya
kadang diam itu mendatangkan seribu tanda tanya
kadang diam itu lebih difahami

namun,
diam tak bermakna setuju
diam tak bermakna menerima
diam juga bukan bermaksud menafikan
diam juga bukan tanda menidakkan

tetapi
andai diam itu lebih baik
andai diam itu jalan terbaik
andai diam itu penyelesaiannya

terus-terusan lah berdiam
terus-terusan lah memendam





Malaysia vs Indonesia!

saya pasti
saya yakin
pasti sePASti PASti nyer (....motif???...)
mesti ramai yg update status kat 'Tweet-jer", 'Faceback" dan blog memasing pasal BOLA mlm td kan!
jadi saya tak nak terkecuali (^____^)
kerana semangat kesukanan saya tinggi!lebih2 lagi pada BOLA & BADMINTON!

semalam keseronokannye lain mcm sket sbb sy tgk dgn filzah hani & kema (via skype) hehehehe....dan keseganan yg sgt tinggi bile terbongkar nye rahsia saya bile tgk bola dgn mereka....
heeee....biarla hny mereka yg tau camne sy bile tgk BOLA...\(^0^)/

syukur Alhamdulillah...sekali lagi rezeki berpihak pada Malaysia setelah AFF Suzuki. Saya merasakan kita terlalu ingin menang dgn Indonesia ni krn maruah, bukan lah sbb pingat sgt sbb Indonesia terlalu byk psiko Malaysia. Penyokong dan pemainnya juga telah pandang enteng pada kita.kini kita mampu membuat mereka terkedu dan tergigit lidah. dan plg tak sangka ade penyokong Indon yg nanges.

hm, xperlu kot. klo pemain yg menitiskan airmata, itu saya akui krn mereka dah berusaha bersungguh2....dah 21thn ke 21 kali ntah cuba masuk final.tp kire at least ok what naib juara. ish...xbaik2...penyokong juga sedih krn mengharap kejuaraan yg telah lama dinanti2kannya....cuma beradab sket ler dgn sesama insan yg lain...kesian kat pemain2 malaysia sampai kene naik kete kebal....(tp bukan best ke naik kete kebal....experience...(^,^) )


player2 Indon pun.....manners dorg mse penyampaian hadiah tu xbpe elok ok. letih camne pun, plz hormat, berdiri....klo myanmar bole hormat, why Tuan Rumah nak buat perangai. masa nyanyi lagu Negaraku xtau la pemain2 Indonesia ni berdiri ke tak sbb tak tayang. tp klo xsilap 3 kali juga la announcer tu suh berdiri tegak menghadap bendera.


ape2 pun...sebagaimana gembiranya hati rakyat malysia...lebih gembira + xtidur lena pemain2 malaysia terutama coachnye....yg Islam, byk2kan bersyukur...Allah dah bg rezeki,nikmat tu....so, sbg tanda syukur, bole kot pas nih pemain2 nyer pakai 'sluar tight' bg kasi tutup sket lutut tu....(^_______^)....so, klo ade yg wat sujud syukur tu, sah la jugak sbb tutup aurat.ni kang, berdoa elok dah, sujud elok dah...tp aurat terbukak dong.ok!ambil iktibar dan pengajaran (^_^)q.

********* selingan ********


Jersi 6, Asrarudin....(^_<)V


apekah motifnyer 2 gambar diatas (o.0)????

Thursday, November 17, 2011

Saladin Hit Savy....(!_!)


Tragedi Oktober!!!


11 Oktober 2011.

entah ape yg ada dalam fikiran saya ketika itu. malas untuk mengimbau kejadian tersebut yg terang lagi bersuluh salah saya. untuk kali kedua, dlm masa xsampai sebulan saya ke balai polis lagi membuat laporan.kali ini saya didenda kerana melanggar dr belakang.saya redha...Ujian!ujian buat saya. dan ternyata hikmahnya saya sudah nikmati. Terima Kasih Ya Allah.







*** lebur % insurans, ganti rugi total RM 4K...pergh!!! (o.0)

Exam SPA

exam tadi....
Pengetahuan Am : fail btl jadi rakyat Malaysia...huuu....kne segera berubah!
Math : Great!kire peratus yg melibatkan nombor hingga 4,5 angka by manual...no mesin kire2 sebyk 40 soalan....mane x hebat....hebat menembak. (^_<)q
esei BM & BI : Marvelous, habis saya goreng2 sampai hangit.

Moga ada rezeki utk saya dan filzah hani \(^_^)/

Sunday, November 13, 2011

alamak????

post utk oktober xde???
haish....bz ke malas nak update blog nih...
so, semata2 nak ade post utk bulan ni.
post yg ni pun kire update la kan....
(^_____^)