Friday, December 31, 2010

End of 2010

Lagi 10 minit,
2011 bermula

Apa yang berlaku pada saya pada 2010?

Saya dapat anak buah ke 12 pada November 2010
Saya bergelar graduan pada Ogos 2010
Saya mendapat lesen kereta pada Julai 2010
Saya mengajar Tadika Pasti untuk kali ke 3 pada Julai 2010
Saya menyambut kelahiran ke 23 pada Jun 2010
Saya bergelar pelajar tahun akhir di UM pada Jan 2010

Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat umur pada saya untuk menempuhi tahun baru, 2011.
Alhamdulillah Allah juga masih memberi ruang dan peluang untuk saya berhijrah untuk tahun 1432H nih.

Oleh itu, Nuruljannah....berubah lah...berhijrah lah...moga menjadi muslimah sentiasa berjihad di jalan Allah.
Amin....(~_~)

Thursday, December 30, 2010

Kepastian dan Jawapan.

'Azreen, ko kenal Arif kan?' tanya Raziq tiba-tiba

'kenal, kenapa?'

'Dia jiran aku la. Hari ni dia tunang, ni jap lagi aku nak pergi rumah dia la ni. Nak ikut?'

'...Arif tunang hari ni? dengan siapa? kenapa aku tak tahu?...' Izhan Azreen berbicara sendiri dalam hati.

'Oi! berangan plak! Nak pergi x?' suara Raziq mengejutkan dia dr lamunan.

'err...erm...xpe la...dia xajak aku pun...malu je nak pergi. Lagipun dia pihak laki.klo aku knl pihak perempuan tu xpe la jugak'
Izhan cuba mencari alasan. mana mungkin dia pergi ke majlis pertunangan Arif. Dia tak diundang. Ye, kerana dia tak diundang. bukan sebab lain.

'Ok, kalau mcm tu. xpe la..aku pergi dulu. Jumpa lain kali ek.' Raziq melangkah meninggal kan Izhan yg masih termangu.

ingin saja rasanya dia menyuruh Raziq menyampaikan salam pada Arif. Salam dan ucapan Tahniah. Tapi lidahnya kelu. Langkahnya terhenti. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

'...Mungkin...' getus hati Izhan tiba-tiba.

Lantas dia terus ke kereta. Memandu ke suatu tempat. bukan jalan pulang ke rumahnya, tapi...mengikut gerak hatinya. Dia inginkan jawapan. Dia inginkan kepastian. Entah kenapa dia sendiri tidak pasti. Dia tidak memerlukan jawapan itu sebenarnya.

Dan akhirnya dia tiba ke tempat itu. dia lihat ada sebuah khemah, ramai orang. dia hanya memerhati di dalam kereta. kakinya terlalu berat untuk melangkah keluar.

tiba-tiba dia terlihat seseorang...seseorang yang sangat dikenalinya...sedang bergelak ketawa bersama beberapa orang yang juga sangat dikenalinya...Aqilah, dia di rumah Aqilah kini. Aqilah bersama teman2 rapatnya yang lain. Aqilah berbaju kurung, cantik. ada veil di kepalanya. 5 jari kanannya berinai.

'Aqilah bertunang hari ni. tapi kenapa aku tak tahu? dan tak dijemput?' Getus hati Izhan. Tekaannya mungkin tepat. tapi masih lagi belum pasti. tapi matanya sudah mula berkaca. entah kenapa hatinya begitu terusik tatkala melihat kegembiraan di wajah teman2 rapatnya.

'mereka bahagia walau tanpa aku...' Izhan merintih.

hatinya betul-betul terluka. kenapa dia tidak diundang untuk majlis pertunangan teman rapatnya. dia tidak kisah seandainya Aqilah tidak jemput semua teman2 rapatnya kerana hanya majlis pertunangan. tidak perlu terlalu diheboh2kan. tapi bila hanya dia...hanya dia tiada diantara mereka...hatinya hancur luluh...dia rasa sgt2 tersisih.

'mengapa...mengapa Aqilah tak beritau aku???' hati Izhan memberontak ingin tahu.

'Apa salah aku dah buat pada Aqilah? ' dia cuba mengingati.

tapi dia yakin tiada. baru bulan lepas mereka keluar bersama-sama. bercuti di Pulau Pangkor bersama-sama. Mengubati rindu dan mengimbau zaman mereka sama-sama belajar di kolej dulu. tapi kenapa tiba-tiba...dia seolah-olah rasa kenangan itu dah terlalu lama berlalu...

Dia tidak mahu terus lagi melihat kegembiraan itu. Dia cuma mahukan kepastian dengan segera. kemudian dia ingin trs balik. tidak sanggup lagi rasanya melihat mereka.mereka yg sedang meraikan kegembiraan bersama-sama tanpa dia. Tiba-tiba...

'tok...tok...tok...' pintu cermin keretanya diketuk.

Dia toleh. Dia terperanjat...sungguh dia terperanjat.

'...Arif....' nama itu hanya bisikan dalam hatinya. dia tidak mampu lagi menyebutnya.

'Eh! asal ko ade kat sini Azreen? tiba-tiba kelibat Raziq muncul di sebelah Arif.

Mata Izhan masih lagi tertumpu pada susuk tubuh Arif. Dia lengkap berbaju melayu putih. 3 Jari kanannya berinai. Sah! memang Arif bertunang dgn Aqilah hari ni.

'Azreen!' tegur Raziq lagi.

'err...ye..ye...' Izhan tergagap. Dia malu. Dia lupa susuk tubuh yang direnungnya itu tunangan orang.

'kenapa tak masuk?' tegur Arif dengan nada bersahaja.

'err...erm...xpelah.ade hal. by the way, Congrats! kirim salam kat Aqilah ek'

Izhan terus melangkah masuk kereta, menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Tidak memberi ruang langsung pada Arif untuk membalas. juga meninggalkan Raziq yang terpinga-pinga. Sedang di hujung sana, di bawah khemah, kegembiraan Aqilah dan rakan2 rapat Izhan juga terganggu.

mereka semua hanya mampu memandang kereta Izhan berlalu pergi. Arif serba salah. Raziq masih lagi tidak faham. Aqilah dan rakan2nya serba tak kena. keterujaan mereka menyambut Arif, tunangan Aqilah untuk sesi bergambar terganggu saat mereka terlihat kelibat Izhan Azreen. Lebih tidak disangka melihat Azreen sedang berbual dengan Arif. Mereka merasa begitu bersalah pada Azreen. Hati mereka mula tidak tenang apatah lagi dengan tindakan Azreen yang hanya pergi meninggalkan mereka begitu sahaja.

tentu Azreen sedih sekarang. mesti dia kecewa. tapi macam mana dia tau ek? itulah persoalan-persoalan yang timbul di benak mereka.

sedang Izhan. Air matanya tidak henti-henti mengalir sepanjang perjalanan. Dia terlalu sedih ats banyak sebab. Tekaan nya tepat. Dia telah mendapat kepastian dan jawapan. Dan kepastian yg dicarinya itu memakan dirinya sendiri. Dia tidak mahu terus menunggu lagi. Melangkah pergi adalah jalan terbaik. Biarlah dia memujuk hatinya sendiri.



sgt2 curious !!!

hurm, sejak 2 menjak 3 menjak nih....
makin rajin plak saya mencari dan mengorek kisah cinta mereka....( org2 yg sy xpernah kenal tapi 1Malaysia kenal...heeeee).

sape ek???hurm...beberapa psgn bahagia la....ader le...hehehe

dah dorg dok jaja Kisah Cinta dorg...jgn la slh kan pula pembaca public ni kan...hehehe..

cuma sy tersangat la curious nak tahu....
ape ek perasaan mereka???
bile salah seorg dr mereka adalah org yg sgt dikenali, dikagumi, diminati, digilai org ramai + awam??

situ sana sini org bercerita psl psgn mereka...
for example :

'oh...i luv u si polan'
'hensem giler si polan tu'
'cantiknyer die...nk wat bini lah'
'oh si polan...u are my sweetheart'
dan seantero dengannye....

dan kadang kala...bile kuar dating...ade plak yg pandang2 jeling2 + nk ambik gmbar sesame...tp si psgn tu terpaksa jd tukang ambik gmbar...hahaha....x ke KESIAN.....

hurm, sesekali terfikir....
adekah kisah cinta itu dijaja utk mendapat pubisiti?
or untk declare...'His/Her is Mine!'

tapi jgn lah kdg2 tu too obvious 'lebih sudu dr kuah'

(^-------------------^)V

Monday, December 27, 2010

Hapy besday!


Asrar.Is.Jannah!
Sanah helwa!

Hapy besday to my blog.
hapy besday yg ke 2.

thanks for being my diary for since 2 years ago...
thanks for being my friends forever
thanks for being my 'ears'
thanks for being a good listener to me

we are a good frens
we will contact to each other
forever and ever

(~_______________~)

Masya Allah...
tadi ada temuduga guru SRA...
rasa sgt2 worse td...
huh! (!_!)...
teruknye jwb soalan...nmpak sgt x prepare...

hurm,paling malu + segan bile guru besar tanya
'Apa SUMBANGAN yg ustazah nak beri pada sekolah ni?'

hurm,otak ligat mencari ayat yang sesuai???apa tujuan saya nak mengajar sebenarnya?nak gaji lebih?nak duit untuk sara hidup? (~_________~)

dan akhirnya saya gagal memberikan jawapan yg sewajarnya...jawapan yg mampu memberi kepuasan kepada hati guru besar.... (T_T)

namun, bila saya dlm perjalanan pulang...otak ni ligat menyusun ayat yang akhirnya menghasilkan seperenggan ayat untuk jawapan guru besar tadi...

aduhai...itulah saya...bila gemuruh...mulut ni hanya mampu melakar senyuman jer...nak berfikir...huuuuuuu~~~~~~~~~~~~~`

Amy Asma & Shahrir

Lokasi : Senawang, Seremban
Tarikh : 9 Muharram 1431H/ 26 Disember 2009

buat amy asma & suami...moga kekal hingga akhir hayat...dan kini telah pun mempunyai seorg cahaya mata...mabruk2...(^-^)q




** pg kenduri = reunion kwn2 skolah....hehehe

zaim & Fatimatun

Lokasi : Taman Rasah Jaya
Tarikh : 9 Muharram 1431H / 26 Disember 2009

seorang temanku dr SMAD Klana telah pun selamat mendirikan rumah tangga....dah setahun pun usia perkahwianan beliau...alhamdulillah...

Nice!

bersama 2 mempelai...moga kekal hingga akhir hayat.

Bawang Merah Part 2

2nd Day!

semalam dah try ikan bakar...then for the 2nd day nak try sweet sour plak...and it's still delicious! \(^o^)/

whole menu...

suddenly add sotong goreng tepung...heee...I likee...(^.^)

tauhu bakar (RM2.50/pieces) --- sementara tggu nasi+lauk pauk...kami order ni dulu as alas perut....sgt2 la sedapkan...tp saiz tauhu kat cni agak berbeza dr kt KL...ia agak lebar dan nipis...but sorry, terlupa nak ambik gambar b4 mkn sbb we all too hungry bcoz xlunch...(!_!)...heeee


hbs je mamam tetbe ternampak cruise tgh2 lautan..huuuu....bestnye klo dpt naik...(T_T)

okeh...klo pg Danga Bay...jg lupe singgah restoran nih...best2!!!
~~~agak2 sy dapat komisen x jd promoter tak terlantik nih...(^_<)V


Saturday, December 25, 2010

Bawang Merah Part 1


Location : Restoran Bawang Merah, Danga Bay, JB
Time : Dinner


1st DaY!

Nasi!

Udang goreng telur

ikan pari bakar...hurm...marvelous!

kerang bakar...nyum...nyum...

dan ini kami... (^-^)q


see u for the 2nd day...don't miss it to know the menu for the next day....(^_<)V

Wednesday, December 22, 2010

pulang dari holiday....

LETIH....
jauhnye perjalanan...
walaupun bukan saya yg memandu
tapi saya sgt letih...
dari KL-JB---Danga Bay-Rengit-Melaka-N9-KL
owh...perjalanan yg sgt jauh...

Friday, December 17, 2010

Manisnya terasa....

Pada awalnya hati ini terlalu berat untuk pergi
sehingga sanggup menyalahkan orang-orang tertentu
begitu sukar untuk memujuk hati
begitu sukar untuk ikhlaskan diri
hari-hari yang berlalu dirasakan terlalu lambat

namun...
lama kelamaan....
kemanisannya mula terasa...
seronoknya bila dapat bertemu dengan mereka
walau letih melayan kerenah mereka...tapi akhirnya saya tersenyum...
lapangnya hati saat bersolat jemaah bersama mereka
indahnya makan bersama-sama dengan mereka
riangnya bila menimba ilmu bersama mereka

hari-hari yang berlalu
mula dirasakan terlalu cepat berlalu
masa-masa yang berdetik terasa mencemburui ukhwah kami
detik-detik yang berlalu mendidik hati ini lebih ikhlas

saat indah bersama mereka
kenangan pahit manis bersama mereka
sukar untuk saya lupakan
hati ini terdidik
dan moga hati mereka juga begitu
rindu ini terubat
dan moga mereka juga begitu

bila saat perpisahan berlaku
kemanisan nya lebih dirasai
dan saya semakin sukar untuk meninggalkan program ini
kerana bukan hanya saja mereka
malah diri saya sendiri
ingin berubah dan perlu berubah

manisnya berada didalam jemaah ~~~
moga Allah masih memberi saya kesempatan seperti ini....(^-^)q

Thursday, December 16, 2010

Perlu Jadi Matang

hurm....
kalau dulu ianya memang sesuatu yg dinanti2...
tapi bila ia tiba...
ia menjadi suatu yg sgt sukar utk diterima....
mungkin...
saya masih belum bersedia...
atau masih belum betul-betul bersedia

entah...
tapi yang pasti
ia buat saya sedar
betapa saya perlu lebih serius
kerana saya sudah semakin dewasa

ia juga buat saya sedar
tiada lagi permainan dalam kehidupan
segala-galanya perlu diatur dengan rapi
perlu dirancang dan diperkemas
supaya tidak hubbuldunia
dan tidak juga hanya mementingkan hal akhirat...

"bekerjalah bersungguh-sungguh ibarat kamu akan hidup 1000 tahun lagi,
beribadatlah kamu sebanyak-banyaknya ibarat kamu akan mati pada esok hari"

Sunday, December 12, 2010

Secebis harapan

Secebis harapan
adakah benar ia tanpa sedar
ia cukup buat diri terseksa
apa sebenarnya niat disebalik secebis harapan itu
atau
merasakan ianya satu kepuasan
melihat satu lagi penderitaan

Mencintai tak semestinya memiliki


' Assalamua'laikum Izhan '

' Waalaikumsalam....'

'Izhan sihat?'

'Sihat alhamdulillah...kau?'

'alhamdulillah sihat....

......

'Izhan...'

'Stop calling me with that name again...I'm not your Izhan anymore'

'sorry...terbiasa...'

'huh!terbiasa....'

'Izhan...'

'Azreen!...if u want to call me with my name, call me Azreen'
'ok...i got to go now...assalamua'laikum....'

'Izhan...sorry for everything...' perlahan suara Arif kedengaran.

'what do you mean by 'everything'? seems you don't know what have you done...or you don't realize about your mistake?' sinis!sinis nada Izhan Azreen.

Dia terus melangkah pergi...untuk apa lagi dia menunggu. Puas sudah dia berendam air mata....menanggung derita bersendirian.kini, dia dah letih...letih menanti...walau dia tidak pernah jemu.

'Maaf sebab saya dah sakitkan hati awak
Maaf sebab saya buat awak menderita
Maaf sebab saya mungkir janji
Maaf sebab saya buat awak menunggu
Maaf sebab saya tak setia
Maaf sebab saya rindu kat awak
Maaf sebab saya sayang kat awak
Maaf sebab saya pernah....cintakan awak...
Maaf sebab saya tak boleh terus mencintai awak...
itulah Maaf untuk semuanya...!!!

laungan itu...laungan Arif membuatkan langkahnya terhenti....air matanya tidak mampu lagi ditahan...ia mengalir deras...kata-kata yang dilontarkan arif tadi cukup memedihkan hatinya...hatinya bagai dihiris-hiris.

Izhan....!!
Terima kasih juga untuk semuanya...
Terima kasih sebab memberi peluang untuk saya...
berkenalan dengan awak
berkawan rapat dengan awak
ambil berat pasal awak
merindui awak
menyayangi awak
dan...
mencintai awak...
Terima kasih Izhan Azreen.

'Cukup!Cukup Arif!Hati ini dah terlalu pedih. Air mata ni tak pernah kering...Allah...'getus hati Izhan.

Lantas dia terus melangkah laju meninggalkan Arif sendirian.
Setibanya di bilik, Izhan mencapai pen dan kertas lantas tangannya laju menulis sesuatu dan esakannya semakin kuat.

Arif...
cukuplah setakat ini kita berjumpa
Izhan dah tak sanggup nak hadapinya lagi
jangan seksa Izhan lagi dengan harapan yang Arif beri tanpa sedar
Izhan dah penat berlari
dari alam fantasi ke realiti
namun tetap tiada kesudahannya
kadang Izhan kuat
kadang juga Izhan lemah
Izhan tak salahkan Arif
tapi diri Izhan
yang tak pernah mampu untuk melupakan Arif
jadi
mungkin ini pengakhirannya
biarlah kita jumpa dikala
Izhan benar-benar dah bersedia
bersedia dengan hakikat
bersedia di alam realiti
jangan ditanya mengapa
kerana jawapan nya hanya satu
sebelum lebih banyak hati yang terluka
biarlah luka yang dah berparut ini sembuh dahulu
Maaf dan terima kasih juga
Untuk semuanya....

Tuesday, December 7, 2010

Cuti lame....

6-17 Dis 2010
Prog Daurah Remaja

Bila sibuk dengan urusan akhirat...jasmani tak rasa letih pun...alhamdulillah...bila rohani kuat,aktif dgn prog agama...terasa jasmani saya segar...subhanallah...syukur alhamdulillah...kerana memilih aku bekerja dalam program ini bersama jemaah2 yang lain...AMIN~~~

Salam Maal Hijrah 1432H

Salam Maal Hijrah
Salam Awal Muharram

bermula lah tahun baru Islam...
bina azam baru
laksanakan azam tahun lps yg tertunggak (^_~)V

Mulai hari ini
martabatkan bulan dan tahun Islam
ingat kelendar Islam
OK!...jom! sama2 mengingatkan...p(^-^)q

Friday, December 3, 2010

obses!!!






owh...saya sangat obses dengan warna nih...

hope I can make my bedroom,kitchen and wall like those pic...p(^-^)q

Wednesday, December 1, 2010

Kisah PASTI Ep3


Peristiwa : Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Tarikh : 1 Oktober 2010
Tempat : PASTI ILMI Ar-Raihan







~~~ CikguNurulRindukamuuusemuaaa....(^v^) ~~~

hati bonda...air mata bonda...

" Is dah cukup besar utk jaga diri Is mak!" bentak seorang remaja kpd ibunya saat dia dihalang oleh ibunya keluar malam.

" Mal kat mane ni...bila nak balik?" tanya si ibu pada anak sulungnya pula.
"Esok-esok Mal balik la mak..."terus ganggang diletak tanpa memberi kata salam pada si ibu.

Si ibu termenung sendiri...dihatinya,dalam akal fikirannya...penuh kusut dan berserabut memikirkan kerenah 2 anak bujangnya...

dimana silapnya...salah dia yang mendidik atau anak-anaknya yang cepat terpengaruh...
salahkah didikannya selama ini?kurangkah didikan agama yg diberi pada mereka...
atau kawan-kawan dan suasana sekeliling yg mempengaruhi mereka?

air matanya menitik...tak tertahan lagi ditanggungnya sendiri...pada siapa lagi harus dia luahkan...di usia yang kian lanjut ini, pada siapalah dia harus ceritakan kisah anak-anak...
hanya majlis ilmu yang kerap diikutinya sejak akhir-akhir inilah yang menjadi dorongan dan kekuatan baginya...kadang-kala tazkirah yang disampaikan oleh ustaz/ustazah terkena batang hidungnya sendiri...dan dari situ sahajalah dia mengambil pedoman...mencari kekuatan untuk terus menghadapi ujian Allah ini...

Hatinya merintih lagi....bukanlah dia mengharap anak yang alim dan warak...cukuplah sekadar menjaga solat, mengaji al-quran..itu sudah cukup baginya...namun...anak-anaknya...baik Is mahupun Mal...kedua-duanya tidak menjaga solatnya....kadang solat...kadang tidak...mengaji al-Quran jangankan sehari semuka...sebulan sekali pun susah...

Dia hanya mampu berdoa...dan terus berdoa...moga Allah membuka pintu hati anak-anaknya untuk bertaubat...

" Ya Allah...bukakanlah pintu hati anak-anakku untuk bertaubat kepada-MU Ya Allah. Janganlah Engkau tutup pintu hati mereka untuk menerima taufiq dan hidayah-MU. Berilah mereka kesempatan untuk bertaubat kepada-MU sebelum mereka pergi menghadap-MU Ya Allah. "