Kisah itu aku tutup
kerana telah aku buka kisah baru
ruang itu kembali terbuka
kerana telah aku cuba berlapang dada
ternyata ia tidak sesukar yang disangka
namun tidah juga semudah satu dua tiga
aku cuba kembali merenung kisah lalu
ternyata aku malu
malu berdepan kematangan
malu menghadapi kedewasaan
namun kisah itu juga buat aku bangkit
bangkit berdepan kesedaran
bangkit melawan kebodohan
ternyata Allah Maha Adil
PerancanganNYAMaha Tepat
KetentuanNYA Maha Bijaksana
Aku bersyukur Ya Allah
ujian itu untuk aku
kebahagian itu milik mereka
suatu ketika dulu
tapi kini baru aku faham
segala-galanya buat kami
ujian dan kebahagiaan terhidang dihapan kami
cuma masa menentukannya
Ameen ~~~
'Boleh jadi kamu tdk menyenangi sesuatu pdhal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tdk baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tdk mengetahui' 2:216
Showing posts with label Aku Ingin Terbang. Show all posts
Showing posts with label Aku Ingin Terbang. Show all posts
Wednesday, December 19, 2012
Wednesday, January 25, 2012
Mimpi yang tak nyata
mimpi itu datang lagi
sungguh aku tak minta
dan aku juga sedar ia hanya mainan
seandainya hanya dalam mimpi aku berhak
aku redha kerana aku bahagia
aku sedar tak sepatutnya aku melayaninya
tak sepatutnya aku mengingatinya
tapi jujur...
ia cukup buat aku bahagia
sungguh aku tak minta
dan aku juga sedar ia hanya mainan
seandainya hanya dalam mimpi aku berhak
aku redha kerana aku bahagia
aku sedar tak sepatutnya aku melayaninya
tak sepatutnya aku mengingatinya
tapi jujur...
ia cukup buat aku bahagia
Friday, December 2, 2011
9,10,11
Percaya atau tidak
kekeliruan terlindung
disebalik kebahagian yang menggunung
kepercayaan semakin utuh
keyakinan semakin teguh
bila kebenaran telah diketahui
sekalipun ia pahit untuk ditelan
manisnya lebih terasa
indah
saat bersama-sama merindui
detik sama-sama menyayangi
tika sama-sama menyintai
tidak lagi dipeduli kekeliruan itu
tidak lagi dipeduli kecurigaan itu
tidak lagi dipeduli kemusykilan yg membelenggu
yang pasti kini kami bahagia...
saya bahagia...
dia lebih-lebih lagi bahagia...
~~~ kisahitubuathatisayabebungariang ~~~
Tuesday, November 22, 2011
Diam itu Mungkin Lebih Baik
kadang diam itu menyatakan segalanya
kadang diam itu mendatangkan seribu tanda tanya
kadang diam itu lebih difahami
namun,
diam tak bermakna setuju
diam tak bermakna menerima
diam juga bukan bermaksud menafikan
diam juga bukan tanda menidakkan
tetapi
andai diam itu lebih baik
andai diam itu jalan terbaik
andai diam itu penyelesaiannya
terus-terusan lah berdiam
terus-terusan lah memendam

Monday, September 5, 2011
Menilai Pada Luaran
Emosi turun naik
ternyata apabila melihat luaran yang cantik
terus di hati tertawan
lantas keinginan untuk memiliki wujud
untuk apa dan kerana apa sebenarnya keinginan itu wujud?
untuk dibanggakan
semestinya....
sedang hati tahu
indah di luar belum tentu indah di dalamnya
cantik zahirnya belum tentu cantik batinnya
namun ada pula yang mencantas
luaran melambangkan keperibadian dalaman
Subhanallah, andai ada indah luar dan dalam...
muhasabah pula...
sudah cukup layakkah diri sendiri untuk memiliki yang cantik serba serbi
sudah benar-benar bersediakah diri sendiri untuk berdamping dengan yang indah luar dan dalam...
moga keinginan yang wujud itu bukanlah lagi untuk dibanggakan tetapi untuk di syukuri nikmat dariNYA
(^__^)
Tuesday, June 7, 2011
suddenly I remembered this song...(~_~)
Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Caci-maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulukala
Friday, March 11, 2011
He is the first but he's not the last....
teringat zaman pentarbiyahan saya ketika matrikulasi dulu
Subhanallah...
betapa terasanya kasih sayang Allah pada saya saat itu
Dia menjaga dan membantu saya
dengan mempertemukan saya dengan beberapa orang sahabat yang tinggi fikrahnya
mentakdirkan saya untuk belajar di tempat yg penuh pentarbiyahan ini
saya menjadi seorang insan yang kuat
semua ini kerana bantuan dan lindungan dari-NYA
Alahuakhbar!
disitulah bermulanya titik perubahan
suatu tekad
suatu azam
satu penghijrahan
Soal Cinta adalah topik utama ketika di matrikulasi dulu
usaha keras pihak matrikulasi membanteras budaya couple
cukup terkesan di hati saya
hari-hari hati saya diusik dengan peringatan
sama ada dari pihak matrikulasi mahupun sahabat2
Alhamdulillah,
saya sedar dan kuat utk mempertahankan hukum
kerana saya tahu
disisi saya ada Allah dan sahabat2 yang membantu
memberi kekuatan dan semangat
Subhanallah...
betapa terasanya kasih sayang Allah pada saya saat itu
Dia menjaga dan membantu saya
dengan mempertemukan saya dengan beberapa orang sahabat yang tinggi fikrahnya
mentakdirkan saya untuk belajar di tempat yg penuh pentarbiyahan ini
saya menjadi seorang insan yang kuat
semua ini kerana bantuan dan lindungan dari-NYA
Alahuakhbar!
disitulah bermulanya titik perubahan
suatu tekad
suatu azam
satu penghijrahan
Soal Cinta adalah topik utama ketika di matrikulasi dulu
usaha keras pihak matrikulasi membanteras budaya couple
cukup terkesan di hati saya
hari-hari hati saya diusik dengan peringatan
sama ada dari pihak matrikulasi mahupun sahabat2
Alhamdulillah,
saya sedar dan kuat utk mempertahankan hukum
kerana saya tahu
disisi saya ada Allah dan sahabat2 yang membantu
memberi kekuatan dan semangat
'He is the first but he's not the last....saya redha...p(^_^)q'
Wednesday, February 9, 2011
Berlari dan terus berlari...
Jauh aku berlari
berlari dari realiti
Jauh aku menyendiri
menyendiri di alam fantasi
Disini
aku bahagia
Disini
aku derita
Disini
aku mencipta kisah
suka dan duka
Disini
aku meluah rasa
Namun
entahkan sampai bila
Telah aku cuba
untuk berhenti berlari
bersemuka dengan realiti
tapi apakan daya
diri ini rebah kembali
lantas ku bangun kembali
mencari kekuatan diri
berpijak di bumi realiti
meninggalkan alam fantasi
mengukir senyuman yang pasti
walau hati ini
terus menerus dilukai
Monday, January 17, 2011
Sejauh Mungkin

Lelah hati yang tak kau lihat andai saja
Dapat kau rasa kan letihnya jiwaku karna sifatmu
Indah cinta yang kau berikan kini tiada
Lagi kudapatkan teduhnya jiwa
Baiknya kupergi
Tinggalkan dirimu
Sejauh mungkin
Untuk melupakan
Indah cinta yang kau berikan kini tiada
Lagi kudapatkan teduhnya jiwa
Baiknya kupergi
Tinggalkan dirimu
Sejauh mungkin
Untuk melupakan
Dirimu yang slalu
Tak pedulikan ku
Yang mencintaimu
Yang menyayangimu
Bila saat nanti aku jauh
Kuharap kau mengerti
Kuharap kau sadari
Sunday, January 9, 2011
Aku Ingin Berlari!!!
Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak perlu kau menyakiti
Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari
Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak mahu kau menyakiti
Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu
Sunday, December 12, 2010
Secebis harapan
Secebis harapan
adakah benar ia tanpa sedar
ia cukup buat diri terseksa
apa sebenarnya niat disebalik secebis harapan itu
atau
merasakan ianya satu kepuasan
melihat satu lagi penderitaan
Wednesday, November 24, 2010
Hakikatnya...
Hakikatnya...
sejak dari mula lagi
dia disakiti dan dilukai
Lantas
dia cuba untuk menyakiti dan melukai...
Namun...
dia seolah-olah dipertahankan
dia seolah-olah amat dicintai
dia seakan-akan sangat dirindui
dia seakan-akan terlalu disayangi...
Sebaliknya...
dia dipergunakan
dia dipersendakan
perasaan itu wujud sekadar mengisi ruang yang kosong
bukan yang sebenarnya
tapi cuma simpati
Entah...
dia sedar atau tidak
dia rela atau terpaksa
dia suka atau benci
Entah...
Yang pasti...
dia banyak terluka tanpa sedar
dia banyak menangis dari ketawa
dia banyak derita dari bahagia
Biarlah...
dia simpan semuanya...
dia pendam semuanya...
(*_*)
9, 10, 11
Semakin lama semakin mengenali
Semakin lama semakin rapat
Semakin lama semakin selesa
Semakin lama semakin membimbangkan
Bimbang...
Kepercayaan semakin utuh
Perasaan semakin terganggu
Lantas hati semakin berubah
Namun...
Ada sesuatu diantaranya
Jurang yang masih lagi menjadi tanda tanya
Dan mungkin rahsia buat selamanya
~~~ kisahitubuatsayatakut...(~_~) ~~~
Tuesday, November 23, 2010
What Should I Do?
kalau lah masa boleh diundur
akan ku putarkan kembali
supaya apa yang dah berlaku
takkan berlaku
namun...
apa yang mampu dilakukan
bila segala-galanya telah pun berlaku
apa lagi yang boleh saya lakukan
apa yang saya perlu lakukan
entah...
Without Word
Mungkin segala-galanya mudah ditafsir dengan kata-kata...
Namun bila soal hati & perasaan...
Kadang-kala ia tidak memerlukan kata-kata untuk difahami...
Monday, November 22, 2010
9,10, 11
Hari berganti hari
bahagia sentiasa disisi
hari berganti hari
kegembiraan mengulit diri
hari berganti minggu
sudah pandai merindu
minggu terus berganti
menambah debar dihati
minggu berganti bulan
hati makin tertawan
bukan di alam kayangan
tapi ia kenyataan
~~~ kisahituterusbahagia...(^_^)q~~~
Friday, November 12, 2010
Melawan Kesepian
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Tuesday, November 9, 2010
benarkanlah sekalipun ia pahit...

bukan mudah untuk kamu fahami
memang tidak mudah
kerana melihat dan merasa
dua perkara yang berbeza
saya tidak minta difahami
tidak minta juga simpati
cukuplah sekadar memberi saya ruang
ruang untuk saya berbicara
berbicara dengan hati sendiri
sekadar untuk memujuk diri
benarkanlah sekalipun ia sukar bagimu...
biarkanlah...
biarkan saya dengan cara saya
kamu dengan perihal kamu
izinkanlah...
izinkan saya berbuat apa sahaja
kerana hanya ini
hanya ini sahaja yang boleh saya lakukan
benarkanlah sekalipun ia pahit bagimu...
~~~ (*___*) ~~~
memang tidak mudah
kerana melihat dan merasa
dua perkara yang berbeza
saya tidak minta difahami
tidak minta juga simpati
cukuplah sekadar memberi saya ruang
ruang untuk saya berbicara
berbicara dengan hati sendiri
sekadar untuk memujuk diri
benarkanlah sekalipun ia sukar bagimu...
biarkanlah...
biarkan saya dengan cara saya
kamu dengan perihal kamu
izinkanlah...
izinkan saya berbuat apa sahaja
kerana hanya ini
hanya ini sahaja yang boleh saya lakukan
benarkanlah sekalipun ia pahit bagimu...
~~~ (*___*) ~~~
Friday, November 5, 2010
9,10, 11
Gembira...
Walau masih tiada kepastian
Terharu...
Walau bukan itu hakikatnya
Bangga...
Walau kebenarannya masih kabur
Biarlah...
Segala jenis perasaan itu
Membaluti hati ini...
~~~ kisahitubuatsayatersenyum...(^-^) ~~~
Thursday, November 4, 2010
yang sebenarnya...
aku ingin dia lihat
aku ingin dia dengar
aku ingin dia rasa
aku ingin dia faham
aku ingin dia ingat
aku ingin dia tahu yang sebenarnya...

Subscribe to:
Posts (Atom)