Saturday, January 28, 2012

Hati Asrar



Allah...
aku ingin menjadikan
hanya KAU tempat aku bergantung harap
hanya KAU tempat aku mengadu

Allah...
sungguh aku lemah
tapi aku tidak mahu terus menjadi lemah

Allah...
sungguh aku berdosa
tapi aku tidak mahu terus berdosa

Allah...
aku sedar aku leka
dan aku tidak mahu terus leka

Ya Allah...
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Kau tahu apa yang ada didalam setiap hati hamba-MU
Kau juga Maha Tahu yang terbaik untuk hamba-hambaMU
Bantu aku Ya Allah..

Bantu aku untuk terus kuat
Sesungguhnya Engkau sebaik2 penolong
p(~_~)q

Wednesday, January 25, 2012

Mimpi yang tak nyata

mimpi itu datang lagi
sungguh aku tak minta
dan aku juga sedar ia hanya mainan

seandainya hanya dalam mimpi aku berhak
aku redha kerana aku bahagia
aku sedar tak sepatutnya aku melayaninya
tak sepatutnya aku mengingatinya
tapi jujur...
ia cukup buat aku bahagia

Jodohku...

Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.

Monday, January 23, 2012

Sihat sebelum Sakit!

Seminggu nikmat kesihatan saya ditarik Allah

sepanjang nikmat itu ditarik
saya bermuhasabah
astaghfirullah...
benarlah...
bila kita diuji
baru kita terasa betapa jauhnya diri kita dengan Allah selama ini
kasih sayang Allah Maha Hebat
Dia tak nak kita terus leka
Dia uji kita
agar kita kembali mengingatiNYA
kerana Dia rindu rintihan hambaNYA
Benar...semua itu benar

pada suhu badan yang tinggi
saya tidak mampu berbuat apa-apa
melainkan baring sepanjang hari
badan saya lemah
selera saya juga tiada
tika demam
hidanglah lauk pauk yang enak
sikit pun tekak saya tak heran
Nikmat RASA saya ditarik sementara

tika saya sakit juga
saya tidak lena tidur
saya tidak mampu tidur siang
mata saya tidak mengantuk
tapi badan saya lemah
jadi saya berbaring seharian
malam pula
tidur saya tidak lena
kerap kali terjaga
Nikmat TIDUR saya juga ditarik sementara

suatu malam
saya langsung tak boleh lelapkan mata
lampu dah ditutup
tapi mata saya tidak mampu lelap
puas saya berguling sini sana
mulut pula dah terkumat kamit berzikir
pesan mak supaya berzikir sementara nak lelapkan mata sentiasa saya pegang
tapi mata saya tetap tidak lelap
kerap saya melihat jam di telefon
pukul 1 kemudian merangkak ke jam 2 dan jam 3...
saya masih tak tidur
mengalir air mata memikirkan hanya saya yang masih belum tidur
sedang yang lain telah lena
saya bermuhasabah
selama ni, saya kerap berjaga malam
bukan berqiamulail tapi mebuat perkara-perkara lagho
kalau tak melayan internet, menonton movie.
jadi mungkin Allah tarik Nikmat Tidur saya untuk saya sedar
betapa saya telah banyak terleka selama ini

saya rasa dahi...
panas!
badan saya kembali lemah.
kepala saya pening yang teramat sangat
akhirnya...Allah ilhamkan saya sesuatu
saya ambil kain, basahkan dan letak di kepala.
Alhamdulillah lama-lama saya terlena.

Subuh menjelma
usai solat, saya bersiap utk ke tadika
badan yang masih tidak berapa sihat
saya gagahkan jua


~~~~ kita akan menghargai sesuatu seandainya kita kehilangannya~~~
Allah tarik beberapa nikmatNYA dari saya hanya sebentar, tapi ia cukup buat saya sedar betapa selama ini nikmat Allah itu Maha Banyak kalau dibandingkan dengan ujianNYA.Terima Kasih Ya Allah.

Mahu apa?

Mahu apa sebenarnya saya?

mahu berubah kepada penulis yang bermanfaat pada org lain
mahu berubah menjadi muslimah solehah
mahu nikah!
itu sejujurnya (^_^)


akhir2 ini saya mencari sesuatu jawapan
dan saya masih menanti jawapan itu
(o.O) ?

Saturday, January 7, 2012

Hilang

pelbagai andaian
cuba kurungkaikan
cuba kutafsirkan
kehilangan itu

terasa hati
atau mungkin kembali
cuba memahami
dan menjaga hati

perasan
tidak peduli
terima kasih

*** hanya saya yang faham (^-^)

2012 vs 1433H

sedar dalam tidak dah melangkah ke tahun baru Masihi rupenyer.

tapikan, kenapa thn baru masihi sgt kita 'take cate' compated to thn baru Islam wahai org Islam....~~~ teguran utk diri ~~~

mungkin sbb kita dah didoktrin sjk kecik dgn sistem kalendar Masihi. so, sbb tu kite kurg alert dgn tarikh2 Islam + tahun baru Islam.

ok, xpelah...
yang penting, tahun baru ni
kene ada azam baru
dan azam yg tertunggak tu didahulukan (^_<)

azam pun jgn la wat byk2 kan
kang makin bertambah plak yang tertangguh
buat azam 1,2 sudah
heeee...

ok, sje je nak ade post utk 2012.
next post....hurm....(^,^)


*** kalau la kalendar blog ni bole tukar pada kalendar hijarah, kan best (o.O)