
'jannah ni asyik2 cikgu jer'
'asyik2 cikgu?'
'a'ah la, yang aku tau ko jadi cikgu jer, dah bape lame ek ko keje?
'sejak bulan 7 thn lepas..ha, da 8 buln'
'ha...dah 8 bulan?lama gak ek...'
perbualan semalam bersama sahabatku yang sekian lama tidak berjumpa terngiang-ngiang di minda.hm, dah 8 bulan rupanya saya bergelar guru tadika PASTI.
'asyik2 cikgu' - pasti membuat anda tertanya-tanya kenapa ayat itu terkeluar dr bibir sahabat saya itu...hm,mana tidaknya...rezeki saya sebagai guru PASTI tidak putus2 sejak saya lepasan SPM lagi. Alhamdulillah, kini saya berpengalaman mengajar di 4 buah PASTI sejak dr lepasan SPM. Ada juga yang bertanya mengapa bukan bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang saya ambil ketika ijazah lalu....hurm,ntahla...minatnya pada bidng kimia tp rezekinya pada guru tadika (^_^)q.
8 bulan menimba pengalaman yang perlbagai...bagaimana saya harus mendidik kanak-kanak yg keras hatinya, yang terlalu sensitif orangnya, yang kuat melawan, yang tak makan saman @ kenakalan yang hyper, yang mulutnya lancang mengeluarkan kata-kata kesat...
kanak-kanak yang mana kematangannya melangkaui usia 5/6 tahun, yang mana mampu menegur rakan-rakannya soal hukum agama, yang mana mampu mengajar rakan-rakannya nilai-nilai murni, yang mana kepintarannya kadang kala membuat dia rasa bangga dengan dirinya....
hurm, pelbagai....pelbagai cabaran,ujian, dugaan, kenangan manis & pahit yang saya telah hadapi, dan bakal hadapi...segalanya mahu atau tidak saya telan jua....hm,bunyi seolah2 suatu kesengsaraan je ye...tidak...(^_~)...keseronokan itu lebih berbanding 'ketidak seronokan'...(^o^)...
tapi mendidik kanak-kanak linkungan usia 4-6 thn bukan semudah memetik jari. saya yakin, setinggi mana pun kita belajar, jika tiada pengalaman dan ilmu berkenaan pendidikan awal kanak-kanak, ia menjadi sgt susah dan stress (#_#)...jadi, pengalaman mengajar saya.
Selain itu, saya juga pernah sebilik dengan seorang rakan yang mengambil bidang pendidikan awal kanak-kanak. Alhamdulillah, sedikit sebanyak sahabat saya itu (fizah) pernah berkongsi ilmu nya dengan saya. Jadi ilmu yang sedikit itu juga saya aplikasikan dlm mendidik anak-anak murid saya (^-^).
kini, sama ada saya akan meneruskan ataupun bakal terhenti suatu ketika nanti...wallahua'lam...hanya Allah sebaik2 perancang dan penentu hidup kita...p(^____^)q

