Showing posts with label SeHaSeSe. Show all posts
Showing posts with label SeHaSeSe. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Rezeki, Nikmat dan Syukur


Sudah jatuh ditimpa tangga.

Allah menguji saya lagi
Subhanallah, betapa sayangnya Allah pada hambaNYA
malu rasanya bila kembali memuhasabah diri....


"Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) dibanding kehidupan akhirat" (13:26)

Semasa rezeki melimpah ruah, nafsu mula menguasai diri. lupa pada Yang Memberi Rezeki, sehingga merasakan rezeki yg diturunkan adalah hak milik sendiri yg kekal abadi.



Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan. "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka azabKu pasti sangat berat" (14:7)

Nikmat tidak sentiasa ada, tetapi bersyukur itu perlu sentiasa. itulah kata-kata dan tindakan yang harus dipegang. Namun, saat nikmat ditarik, barulah tersedar dan mahu bersyukur.


"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNYA. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" (65:3)

berpegang teguh pada ayat di atas. Sesungguhnya Allah sebaik2 tempat bergantung. Usaha!berserah & tawakkal!dalam masa yang sama bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Bersyukur bila diuji Allah kerana itu tanda Allah merindui rintihan hambaNYA. Allah masih peduli akan kita.



Subhanallah!
Alhamdulillah!
Allahuakhbar!


Sunday, August 7, 2011

Semangat Baru!

Alhamdulillah...
baru selesai temuduga dengan IlmuHijrah
sebagai Smart Tutor Math

bertemu dengan En.Shaiful
pengasas IlmuHijrah
buat saya berfikir lama
Allah tidak akan buka pintu rezeki buat kita
andai kita tidak berusaha untuknya

selepas ini,
saya harus bertindak
bertindak dengan lebih serius
dalam kerjaya
dalam kehidupan dunia dan akhirat

Aja!Aja!Fighting!

*** perbualan cepumas semasa temuduga...

"Bila awak plan nak kawen?"
"paling awal tahun depan, insyaallah."
"so, bakal suami awak tu tak kisah ke awak kerja ?"
"Wallahua'lam encik, calon pun xde lagi..."
"eh!awak macam taknak kawen jer???"
Gulp!

~~~ hahahahahaaaaaaaaaaa (^______^) ~~~

Thursday, March 17, 2011

Rotavapour + berdiri berjam2 (#_#)

semalam seharian buat evaporation.
best!
best sgt2 sbb alhamdulillah dah boleh handle rotavapour sendiri, rinse sendiri...
kalau mase undergrad dl...stakat tau rotate jer...(^_^)q

tambah best lagi
nak tggu crude extract nye berjam2...
dan saya adalah org yg tak reti wat experiment smbil duduk...
confirm xjadi.
so nak xnk terpaksa berdiri...
dari jam 10 pagi - 3.00 ptg...
duduk nye ditambah tolak lebih kurg 45 minit je kot...
huuuuu~~~ (@_@)

~~~ continue later...dah lmbt masuk keje....hiiiiii~~~~

Tuesday, March 15, 2011

indah rupa dari khabar

hurm~~~

sungguh, anda pasti pelik dgn tajuknya
terbalik...ye, terbalik
itulah situasi yg saya alami

kebiasaannya org akan kata
'indah khabar dari rupa'
tapi saya alami
indah rupa dari khabar

'Dia garang'
hati-hati sket dengan dia, jgn terlalu baik sangat
dia ok...baik...tapi racist..

hurm,
semuanya yang negative saya dengar
namun saya tak salahkan mereka
mereka lebih dulu mengalami dan mengenalinya
lantas dengan khabar2 itu
hati saya jadi resah
gelisah, takut dan kurang bersemangat

saya mohon pada Allah
agar dipermudahkan segala urusan
kerana hanya DIA yang menjaga hati-hati manusia
hanya DIA yang mampu melembutkan juga membolak-balikkan hati manusia....
Alhamdulillah,
untuk pertama kalinya
semuanya ok.
pertemuan pertama yang terlalu singkat
saya masih tidak boleh menfsir sifatnya.

kedua kalinya,
setelah 2 minggu selepas pertemuan pertama
secara tiba-tiba...dia datang
membantu dan mengajar saya
segala gambaran negatif saya tentang dirinya pudar
dia buat saya faham
dia buat saya tahu
dia menjelaskan segalanya
dia membantu penuh sopan, penuh tertib
riak wajah garangnya tiada
racistnye jugak tidak kelihatan
dia seorang guru yang mengajar anak murid yg baru belajar

Subhanallah...
Allah bantu saya
Allah beri semangat kepada saya
Allah lembutkan hatinya untuk mengajar saya
dia seorang bijak pandai
namun, tidak kedekut berkongsi...
moga ada Hidayah buatnya suatu hari kelak...
(^-^)q

*** tak nak puji dia terlalu melambung, risau lama-kelamaan saya kecewa. moga hari-hari mendatang berakhir seperti hari ini agar keesokannya saya menjadi SemakinHariSemakinSemangat [SeHaSeSE]

Monday, March 7, 2011

saya perlukan semangat...p(^_^)q

Bismillahirrahmannirrahim...

Subhanallah!
Alhamdulillah!
Allahuakhbar!

kini dah masuk minggu ke 2 saya bekerja sebagai RA di UM
tapi sehingga ke hari ini hati saya masih tak keruan
masih rasa bersalah dan berdosa yang amat sangat
terasa pilihan yang dibuat tidak mengikut petunjuk Illahi

Allah...
aku mohon kekuatan dari -MU
aku mohon petunjuk dari-MU
entahkan ini jalan yg terbaik utkku atau tidak
sehingga ke hari ini aku tidak pasti
ujian demi ujian yang aku lalui hari demi hari
buat aku rasa pilihanku ini adalah salah

Allah...
berilah sedikit sinar dihatiku
agar hari-hari yg berlalu
kembali menceriakan diriku
semangatku kian pudar
bantulah hamba-Mu
Ya Allah...
(~_~)

Wednesday, March 2, 2011

1st Day

hari pertama :-

jam 10.45 pagi saya tiba di pejabat Prof utk melapor diri...isi borang RA, berbincang sedikit sebanyak hal kerja...kemudian, sedikit interview dari Prof untuk saya. Allahuakhbar...setahun meninggalkan subjek kimia...otak ni ligat mencari jawapan...lantas saya terus terang dengan Prof yg saya lupe...malu...segan sgt2 rasanya....akibatnya, free2 je dpt lecture face to face...huuuu~~~ bukan senang tu ade lecturer yg bg lect kat kite sorg2, face to face kan2...
Alhamdulillah, hasilnya...saya lebih faham dan semakin mengingati apa yg saya belajar masa undergrad dulu....

kemudian saya diperkenalkan dengan kak zarith, student master prof. kak zarith bawa saya ke makmal dan diperkenalkan dengan student2 postgrad yg lain. then, saya di ajar cut TLC plate.
kemudian kak zarith kenalkan pula saya dengan kak sharifah, student Phd Prof. Subhanallah, kedua2nya perempuan dan Islam...saya igt susah dah nak jumpe student postgrad yg Melayu kat UM...sbb majoritinya Cina. Alhamdulillah....

kemudian saya menemani kak sharifah ke institut pasca siswazah untk masuk makmal NMR. then, masuk ke makmal biologi molekul. melihat kak sharifah membuat kerja2nya....meneruskan kajiannya yg masih berbaki beberapa bulan sahaja...saya jadi sungguh kagum. wanita muda seusianya, membuat kerja2 makmal dengan pantas, malah dia menjadi pengajar kepada seorang siswa foreigner...pengalaman adalah guru kita yg sebenar....masakan tidak, sejak 2006 lagi dia blajar, kini dah 2011...pasti semuanya di hujung jari nya.

kak sharifah suka memberi kata2 nasihat dan semangat pada saya.syukur sgt dapat berkenalan dengan nya. kata2 nya byk membuka minda saya.hari2 saya moga lebih tenang dengan tunjuk ajar dr nya...insyaallah...p(^_^)q