Islam sememangnya menggalakkam kita untuk mencari rezeki tetapi kemewahan bukanlah matlamat yang hakiki. Betapa ramai orang yg mampu membeli rumah yang mewah namun tidak mampu membeli kebahagiaan didalamnya. Betapa ramai orang yang mampu membeli tilam yang empuk dan mahal, namun tidak dapat membeli lena semasa tidur. Ramai orang yang mampu membeli makanan yang enak, namun tidak dapat membeli selera semasa makan.Sebab itulah dikatakan kemewahan harta bukanlah penentu kebahagiaan pada diri kita.