Saturday, January 30, 2010

kisahku...izinkan ku pergi....

Mencari dan terus mencari
akan sesuatu yang aku sendiri tak pasti
Berlari dan terus berlari
dari bayang-bayang sendiri
menyelam dan terus menyelam
sehingga aku lemas di lautan dalam
menanti dan terus menanti
pada hari-hari yang sentiasa berganti

adakah perlu untuk aku terus
mencari, berlari, menyelam dan menanti
entah...aku sendiri tidak pasti dgn diri
kadang ia kuat bagai bidadari besi
biar ombak dan badai melanda
aku tetap berdiri utuh pada pendirianku
kadang ia longlai seperti lalang
mengikut saja rentak angin yang membawanya pergi
lemah untuk mempertahankan prinsipku

dugaan itu tidak jemu-jemu melawat diri ini
seakan-akan mencabar kekuatan yang selama ini aku pertahankan
aku juga manusia biasa
hamba yang lemah
punya hati dan perasaan
punya iman yang perlu kupertahankan
mengapa terus menerus mengocak hati yang telah lama tenang ini
adakah suatu kebahagian bila melihat aku disakiti
apakah suatu keseronokan disaat aku terluka
mungkin juga aku satu permainan pada anggapannya

aku mohon
izinkan siangku dilalui dengan terangnya sinar matahari
izinkan malamku indah dengan cahaya bulan
cukup...itu saja aku mohon...

(*_*)








kubelayar dilautan dalam...

Apakah itu perangkap CINTA?
Apakah itu CINTA??
Apakah maknanya semua ini???
Buntu kehilangan arah
Mungkinku tak pernah merasai apakah itu hakikat cinta
Ada apa dgn cintaku
Aku mencintaimu
Tetapi betapa kerap kalinya aku mengingatimu
Adakah disebalik cintaku kepadamu tersiratnya mainan cinta
Atau pelayaranku menjauhkan destinasi yang dicari
Adakah semasa pelayaranku tercicirnya kompas petunjukku
Sering kali memikirkan apa yang sering bermainnya kelibat yang tak penah tau ape yang dicari
Jalan seakan-akan gelap gelita
Tanpa kehadiran cahaya yang mampu menerangi setiap jalan yang dilalui
Mampukah aku menempuh jalan yang penuh onak dan duri dalam kegelapan
tapi mungkin diriku seperti dikejar bayang-bayang sendiri
sehinggakan sanggup membiarkan diriku disiat-siat oleh duri yang tidak disedari
Arghh!!! Zalimnya diriku...Jahil!!
Adakah aku masih lagi dalam dilema
Namunku sedar hanya pada-MU tuhan
Aku mengharapkan taufiq dan hidayah daripadamu Ya Allah
Bantulah kami mencari cinta yang sejati Ya Allah
Amin Ya Rabbalalamin...







Monday, January 11, 2010

Aishah Yang Ter Asing

Aishah berjalan sekitar masjid jamek bersama Aqilah, sahabatnya... namun mata-mata yang asyik memandangnya merimaskan Aishah untuk meneruskan perjalanan..atas sebab inilah dia merasa malas untuk keluar berjalan-jalan...tapi, Aishah tidak sanggup membiarkan Aqilah keluar seorng diri...dia seorang perempuan...jadi, Aishah terpaksa...

'Aishah, jom pegi Mid Valley pulak la...kat sini tak jumpa la...' kata Aqilah mengganggu lamunan Aishah..

Aishah berat hati...di masjid jamek pun orang dah pandang semacam...ni dekat Mid..lagi la...erm..

'Aishah!' tegur Aqilah.

'Oh! ok2...bole je...' hanya itu yang mampu dijawab Aishah untuk tidak menghampakan sahabatnya...

mereka lantas terus ke Mid Valley menaiki komuter. Setibanya di sana, Aqilah masuk ke kedai Levis, Aishah hanya mengekori...seperti biasa, ada saja mata yang memandang..

'aduhai...dunia, apa yang peliknya pada diri aku...'getus hati Aishah.

kemudin Aqilah ke kedai Adidas, Aishah menurut lagi. Aqilah membelek-belek kasut dengan asyiknya. Tiba-tiba Aishah ternampak sesuatu..

'Ya ALLAH...Aqilah!'..tegur Aishah tiba-tiba sambil menunjukkan sesuatu pada Aqilah.

'YA ALLAH..macam mana ni Aishah? ' Aqilah baru ternampak ada kertas tergantung di hujung kasut tersebut yang ditulis 'diperbuat dari Kulit Babi'.

Aishah kecewa, sahabatnya terkena. Sepatutnya kedai tersebut tidak boleh berbuat demikian. kasut yang diperbuat dari kulit babi harus diasingkan sama ada diletak ditempat yang berasingan serta ditulis atas papan tanda atau diletak didalam tempat yang bertutup ( ditutupi kaca). Aishah melihat, ada beberapa kasut lain yg diperbuat dari kulit babi, diletakkan didalam bekas kaca, mengapa beberapa kasut yang lain ini tidak diletak seperti itu????

'macam mana ye Aishah?' tanya Aqilah lagi..

' hm,dah la, jom kita balik. Ila jangan sentuh siapa-siapa, atau apa-apa sahaja. nanti semua kene samak. balik nnt terus samak tangan,kaki dan semuala yang Ila sentuh ' Aishah mengingatkan...memang itulah yang sepatutnya sahabatnya buat..

Petang itu, seperti biasa Aishah gemar menjamu rakan serumahnya minum petang. Petang ini, dia berniat untuk berdiskusi dengan sahabat2nya tentang satu perkara.

'ila, ambil pengajaran ya atas apa yang berlaku siang tadi' Aishah memulakan bicara..

'baik...sahabatku..' balas Aqilah .

'Ila,Ika, atif...aishah nak berbincang satu perkara..bole?' Aishah meminta izin.

bole...silakan, memang kitorang tengah free ni...' jawab Ika.

'hm,ape pandangan korang tentang orang yang memakai tudung labuh?' tanya Aisyah.

'pandangan...maksud Aisyah dari segi ape? tanya Ila mendapatkan kepastian.

'tak kisah, contohnya...dorang tak boleh ke pg 'shopping'...hm,pelik ke kalau orang yg pakai tudung labuh ni masuk kedai branded...' sambung Aisyah.

'owh...bagi Ila, tak kisah la mereka nak ke mana saje dengan pakai tudung labuh...dunia sekarang...kan dah open...' Ila memberi pendapat.

'bagi Ika, tak kisah je sebenarnye..tapi yang nampak pelik mungkin sebab tak ramai yang pakai tudung labuh...so, bilangan yang sedikit tu menjadi perhatian orang bila pergi shopping complex,nak2 kalau masuk kedai Giordano ke, Padini ke...sebab dorg kan tak pakai baju-baju macam tu...so,pelik la jugak...' hujah Ika panjang lebar.

'hm,yang Atif tau la eh...ini pendapat Atif je tau...jangan terasa hati....hm,orang yang pakai tudung labuh ni, susah nak cari kerja..selain tu, orang pun takut nak dekat..hm,tak tau la kenapa macam tu. dulu mase Atif dekat universiti, golongan2 budak tudung labuh ni ada geng dorg sendiri..so, Atif dengan kawan-kawan Atif memang tak kawan dengan dorg...tapi lepas dah kenal Aisyah, Atif baru tahu yang tak semua budak tudung labuh susah didekati..' beritahu Atif.

'hm,tang susah nak dapat kerja tu, kenapa plak timbul pendapat macam tu eh?' Aisyah minta kepastian. sungguh hatinya terusik bila Atif berkata begitu. namun didiamkan aje supaya Atif berterus-terang dengannya.

'Entah la...tapi ramai la orang kata..dulu,mak Atif pun tak bagi Atif pakai tudung besar-besar sangat..katanya susah nak dapat kerja..tapi sebenarnya kitorang tak kisah la Aisyah nak kawan dengan Aisyah...kan?' tanya Atif pada Ila dan Ika. mereka mengangguk.

'lagipun, Aisyah budak baik...sebab tu Aisyah pakai tudung labuh...kitorang ni belum cukup ilmu lagi...belum dapat seru lagi...insyaallah, Aiyah doakan la satu hari nnt ye...' tambah Ila.

'hm,syukran jazilan sahabat-sahabatku...pendapat kalian amat berguna buat Aisyah...cuma Aisyah nak tambah beberapa perkara dekat sini...inipun sekadar pengalaman Aisyah,

kebaikan mahupun kealiman seseorang tak bole diukur dari pakaian...begitu juga ilmu, orang yang tinggi ilmu agama tak semestinya memakai tudung labuh....saiz tudung bukan la yang di titik beratkan dalam Islam..tetapi, Aurat itu yang Islam suruh tutup. kalau pakai tudung besar pun, tapi jarang...it's stil the same dgn tak pakai tudung kan?...tak kisah la kalau sahabat-sahabat Aisyah ni pakai tudung besar mana, yang penting menutupi dada dan leher'. tudung masa kini kan dah banyak yang semakin nipis..dah ramai yang selimpang tudung sampai menampakkan dada...'

'tapi..zaman sekarang tak macam zaman dulu...zaman dulu, orang yang pakai tudung adalah orang Islam, jadi segala tindak-tanduk mereka yang bertudung mengikut syariat Islam. tapi zaman sekarang, kita sendiri keliru sama ada yang tak pakai tudung tu orang Islam ke bukan...betul?

selain itu, zaman skrg orang yang pakai tudung, tindak-tanduk mereka tak sesuai dengan apa yang mereka pakai...contohnya , org yg pakai tudung, even yang pakai baju kurung..dah tak dipandang pelik kalau dorg buat maksiat, pegang tangan ke, peluk-memeluk, tengok wayang, pergi konsert dan macam-macam lagi la...

'sebab tu Aisyah perlu pakai tudung labuh atau tudung saiz besar...dengan keadaan dunia zaman sekarang...tak mustahil Aisyah bole buat apa yang Aisyah paling benci tengok orang buat...Aisyah bole tengok wayang, Aisyah bole ada boyfriend, pergi dating...sebab perkara-perkara tu tak dipandang pelik even Aisyah pakai tudung.

Aishah rela orang pandang pelik bile Aisyah jalan-jalan pg shopping dgn tudung labuh, Aisyah rela diperhati orang bila Aisyah makan baca doa, habis makan baca doa, sebelum masuk tandas awam baca doa...Aisyah tak kisah kalau orang pandang bila Aisyah baca Al-quran masa dalam tren atau bas...sebab Aisyah harap org-org yg pandang tu akan buat apa yang Aisyah buat...
Aisyah tak nak jadi role model benda yang tak elok...sbb kalau org buat maksiat sbb dorg tgk Aisyah pernah buat...dosa dorg buat maksiat tu, sampai mati Aisyah kene tanggung..hm, buat pahala pun sikit..inikan nak tanggung dosa org...NAUZUBILLAH...' Aisyah mengakhiri hujahnya..

'baik ustazah...' perli sahabat-sahabatnya..

'jangan cakap macam tu..Aisyah bagi pendapat je la...bukan niat Aisyah nak riak, tapi just nak bagi contoh dekat korg je..supaya korang faham...ok?' tambah Aisyah..

sahabat2nya tekun mendengar...sama ada masuk ke dalam hati mereka, itu Wallahua'lam..
Aisyah tak kisah...sama ada mereka nak ambil kata-katanya atau tidak, itu dia tak kisah.yang penting, Aisyah dah membetulkan perspektif mereka terhadap org yg memakai tudung labuh...

'Allah, di dunia-Mu ini aku merasa begitu terasing...aku berharap diakhirat kelak, aku tidak asing BAGI-MU' ~~~ monolog Aisyah..(~_~)





Tuesday, January 5, 2010

1431 atau 2010 ??? fikirlah sendiri...

alhamdulillah, kita telah melangkah ke tahun baru Hijrah (1431) juga tahun baru Masihi (2010)..

tahun ini saya merasa sangat rugi kerana tidak berpeluang membaca doa akhir dan awal tahun kerana ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke kampung...syukran jazilan pada seorang sahabat saya yg mengingatkan saya tntg waktu membaca doa tersebut...(^_^)q

Sambutan tahun baru Hijrah & Masihi

hm,yang mane agaknya anda lebih titik beratkan??? bertahun-tahun lamanya kita melihat sendiri bahawa sambutan tahun baru masihi lebih kita raikan berbanding tahun baru hijrah...
sebagai umat islam, saya sndiri mengakui kelemahan diri atas nikmat duniawi...

alangkah baik nya andai umat islam sentiasa meraikan tarikh,bulan dan tahun islam...tapi apakan daya, saya sndr mengakui kesilapan diri yang tidak mempraktikkan tarikh islam dlm kehidupan seharian...tapi, insyaallah...mulai dari tahun 1431 ini, saya dan anda kenela berazam untuk menjadikan tarikh islam sebagai rutin harian...

oklah, da lama post ni tersimpan dlm box blog, tp tak juga di 'publish'2...hee..

Salam Tahun Baru p(^_^)q





Tuesday, December 29, 2009

Final Year fiNaL $eMEsTer....p(^_^)q

alhamdulillah, akhirnya saya meraih jua gelaran student final year UM...

hurm, sedey ada gembira pun ada....
gembira dan tak sabar menanti majlis konvokosyen...
sedey pula bila mengenangkan diri yang tidak beri banyak sumbangan kpd universiti tercinta ini...akademi, kemahiran dll......ingin saja saya putarkan masa agar saya dpt kembali masa first yr dl...hm,hanya anganan yang tidak mungkin berlaku...

setiap semester pn pada awalnya akan sgt bersemangat untuk study hard/smart/kuat dan sebagainya...tp pada pertengahan dan di akhir2 semester, smgt dah luntur lalu berlakulah kejatuhan pada result....(~_~)...

KINI, kembali bersemangat!!! p(^-^)q...berjuang habis-habisan untuk semester last ni...
insyaallah,doakan sy kuat...doakan sy tabah dan sabar...berhadapan dgn suasana baru -yg kini tidak lg menetap di kolej 4 tercinta...(!_!)- berulang alik dr rumah, kadang kala memerlukan jasa baik ayah atau abg untuk menghantar ke kuliah...

azam tahun baru 1431H dan 2010 ~~~ tiada lagi keluhan dr diri saya mahupun keluarga for my final semeter...insyaallah..\(^_^)/

Monday, December 7, 2009

cOmE BaCk!!! (^o^)q

Fuh...!fuh...!...ish...ish...

dah berhabuk, bercendawan dah blog nih..hehe..(n_n)..

ok2...insyaallah akn kembali aktif menulis...

bile???? idea byk nih, tp bile nak taip je...[BLANK]...huuu...

insyaallah...bakal ade post berlabel 'aku ingin terbang...'