Saturday, January 7, 2012

Hilang

pelbagai andaian
cuba kurungkaikan
cuba kutafsirkan
kehilangan itu

terasa hati
atau mungkin kembali
cuba memahami
dan menjaga hati

perasan
tidak peduli
terima kasih

*** hanya saya yang faham (^-^)

2012 vs 1433H

sedar dalam tidak dah melangkah ke tahun baru Masihi rupenyer.

tapikan, kenapa thn baru masihi sgt kita 'take cate' compated to thn baru Islam wahai org Islam....~~~ teguran utk diri ~~~

mungkin sbb kita dah didoktrin sjk kecik dgn sistem kalendar Masihi. so, sbb tu kite kurg alert dgn tarikh2 Islam + tahun baru Islam.

ok, xpelah...
yang penting, tahun baru ni
kene ada azam baru
dan azam yg tertunggak tu didahulukan (^_<)

azam pun jgn la wat byk2 kan
kang makin bertambah plak yang tertangguh
buat azam 1,2 sudah
heeee...

ok, sje je nak ade post utk 2012.
next post....hurm....(^,^)


*** kalau la kalendar blog ni bole tukar pada kalendar hijarah, kan best (o.O)

Monday, December 26, 2011

visitor from KOREA!!!!



wah....ade org KOREA visit blog saya la..."Kamsahamida"...betul ke eja camni yer wahai visitor from KOREA...hehehe

~~~ member baik sndr je pun, xpela...at least merasa gak blog ni view dr foreign country.hahahahaha (~~~ motif??? ~~~ )

Sunday, December 25, 2011

Jaga Hati

telah ku cuba
gagahkan kaki untuk berdiri
sinarkan mata agar ceria
maniskan senyuman untuk bahagia
membina benteng untuk hati

sedang ia
semakin gagah melawan langkah kaki
semakin jelas mempertontonkan
semakin lebar memperluaskan kegembiraan
dan
semakin kuat peluru dipertajamkan

mengapa
adakah merasa
tidak seronok dengan memperlahankan langkah
tidak bahagia menyembunyikan
tidak cukup bersederhana
dan
tidak puas menyakiti

kita sama
punya kaki untuk melangkah
punya mata untuk dipelihara
punya mulut untuk bersuara
punya hati dan perasaan untuk dijaga

andai menyakiti itu kepuasan untuk nya
harus redha
kerana Allah Maha Tahu
jadi, harus Redha


~~~~ p(=.=)q Husnuzon! ~~~

Sunday, December 18, 2011

Jujur dgn diri sendiri.

" belajar tinggi-tinggi at last keje cikgu tadika jer "
" stil ngaja kat tadika lagi?xnak cr keje lain ke?"


serius saya penat jawab soalan ni...dalam masa yang sama hati saya terguris. lebih teruk kadang kalah saya mengeluh....(~_~). bukan saya tak cuba cari kerja bidang saya, bukan saya tak cuba cari kerja yang lebih baik (baik dr segi pendapatan maksud saya).

bagi saya guru tadika bukan suatu kerja yang senang, malah kerjaya sebg seorang guru ini adalah mulia. mana tidaknya, ilmu yang diajar sekiranya ikhlas kerana Allah, sahamnya sampai akhirat kita dapat.

saya pernah kerja dlm bidang saya selama sebulan, terus terang ia tak sesuai dengan jiwa saya. jadi saya memilih profession guru. setakat setahun mengajar, Alhamdulillah saya rasa cukup selesa, kerja pun seronok. cuma, dr segi kewangan...

ya,benar...gaji saya tak sebesar mana...as a degree holder from UM ~~~yg sll org dok 'highlight' sgt.....(!_!)~~~ sy mmg xlayak dapat gaji sekecil itu. tp, saya perlu bersyukur. manusia mmg tak pernah puas.

kata mak saya, "kalau gaji besar pun, tp xpandai manage, same jugak, xkn cukup jugak.yg penting mcm mana kita urus duit tu".

suka ayat mak.sgt memberi motivasi. beri saya peluang dan ruang utk saya belajar bersyukur dgn nikmat yg Allah bagi. beri saya kekuatan untuk terus redha dgn nikmat dan ujian dr Illahi ini.

"bahagia itu ada utk stiap org, cuma kdg kala Allah hold dulu' ~~~ ayat seorg sahabat saya yg juga memberi motivasi pada saya.


tolong doa utk saya, saya doa utk anda...Insyaallah \(^_^)/


Friday, December 2, 2011

9,10,11

Percaya atau tidak
kekeliruan terlindung
disebalik kebahagian yang menggunung

kepercayaan semakin utuh
keyakinan semakin teguh
bila kebenaran telah diketahui
sekalipun ia pahit untuk ditelan
manisnya lebih terasa

indah
saat bersama-sama merindui
detik sama-sama menyayangi
tika sama-sama menyintai

tidak lagi dipeduli kekeliruan itu
tidak lagi dipeduli kecurigaan itu
tidak lagi dipeduli kemusykilan yg membelenggu
yang pasti kini kami bahagia...
saya bahagia...
dia lebih-lebih lagi bahagia...

~~~ kisahitubuathatisayabebungariang ~~~