Sunday, June 6, 2010

BiLa Mereka BaHagIA, SedaNG aKu beRDo$A

Bukan niatku untuk menjaja
bahawa baiknya diri ini
sempurnanya diri ini
kerana secara zahirnya
konon suci

walhal aku kotor
aku diulit dosa-dosa besar
aku tidak sempurna
masakan manusia itu sempurna serba serbi
masakan manusia itu maksum seperti Rasulullah
semuanya pernah berbuat dosa

Namun,
Pintu taubat masih terbuka
Allah buka seluas-luasnya sekarang
bukan sekejap lagi,bukan nanti...tapi sekarang!
barang sedetik 2 pun,
Allah Maha Kuasa menutupnya
Nauzubillah...

jadi,
Mengapa terus mengulang dosa?
Mengapa begitu senang menurut kehendak syaitan laknatullah???
Mengapa begitu mudah lemah pada nafsu???
Mengapa begitu sukar menjaga iman???
mengapa begitu payah mengukuhkan iman???

salah siapa???
Iman?Nafsu?syaitan?

Allah...
Hamba-MU merayu...
bukan hanya aku...
tapi mereka juga...
janganlah Engkau tutup pintu taubat untuk kami...
lebih kami takuti...
andai Engkau tutup pintu hati kami
untuk terima Hidayah-MU...
Nauzubillah...
sungguh Ya Allah...
kami mohon dijauhkan itu....

Dosa kami besar...
Dosa kami selautan...
walau kami sedar Rahmat dan Kasih sayang-MU lebih dari itu...
namun,kami hamba-MU yang hina Ya Allah...
Malunya kami memohon itu dan ini dari-MU
sedang kami melanggar perintah-MU...


**sesungguhnya hati & telinga orang yang menaip lebih dekat dari yang membaca...doakan sama2 agar dosa dan taubat kita diterima wahai saudara seagamaku....(~_~)


Thursday, May 20, 2010

9, 10, 11

lagu itu...lagu itu yang aku tunggu
tggu agar ia berdering
kerana tandanya bahagia akan tiba
walau aku tahu sebenarnya aku yang mencari
tapi yang pasti ia datang

lagu itu...
bermulalah segalanya sejak lagu itu berdering
dan ia terus berirama dari hari ke sehari
lagu itu...
lantas kuubah
kerana sumbang irama dan lagunya
jika dikaitkan dengan kebahagiaanku

lagu ini...
lagu baru...
tanda bermulanya suatu kisah
kisah antara kau dan aku

~~~ satukisahbaruyangbahagia...\(^_^)/~~~

Wednesday, April 28, 2010

saat nya akan tiba....

alhamdulillah, tadi baru je selesaikan borang pengijazahan...
lega,puas,tak sabar, gembira...
sabar....saat nya pasti tiba (^___^)


tautanhatiasrar ke HuKaSaMisLoveeN (^_<)V

hm,tgh2 study tbe2 rase nak tukar nama blog sebab seorg teman penah menegur, nama blog yg lama quite 'geli' je dgr.....huuuu...

sbnrnya tautanhatiasrar memberi banyak maksud yg tersirat....saya mengharap hati pembaca bertaut dengan hati saya secara rahsia....oooppss...bukan bertaut lalu tersangkut, tapi tautan hati lillahitaala...yg sama2 inginkan ilmu, motivasi dll...

Nama baru yang UNIk (^^,)
xkire nak prasan gak...blog saya diberi nafas baru dgn keunikan nama yg sgt simbolik ilham drpd salah seorg penulis novel kegemaran saya yg sehingga kini identitinya menjadi tanda tanya...
siapa ye??? (^_______________^)

Tuesday, April 20, 2010

tidak semudah yang disangka ....

hm,bukan semudah yang saya sangka rupanya...

tentang apa??? tentang bakal suami....(^_^)q
maklumla, umur dah semakin dewasa, memang dikala usia saya inilah perkahwinan sentiasa bermain di fikiran...hinggakan ada yg masih tertanya-tanya mengapa saya masih lagi tidak mempunyai teman lelaki...saya meninggalkan aje soalan itu dengan tanda tanya

sudah tentu berbagai jawapan yg bermain difikiran mereka...

'jannah tak nak bercinta masa belajar'

'hm,mungkin jugak xde org nak dkt die kot @ xlaku...hehehe'

'entah-entah dia pernah kecewa dl, pastu serik nak bercinta lagi'

'xpun, dia dah ade yg berkenan dihati, tp just secret admire'

hm,ape2 aje la yg mereka fikir, saya xkisah kerana biarlah hanya saya yg tahu sebabnya...dan saya yakin, ade juga yg tahu sebabnya...tak byk pun, 1 je....ttteeeeeetttt (^_~)


berbalik kpd tajuk diatas, apa yang sebenarnya tidak mudah???
memilih bakal suami....(n_n)

sahabat saya telah membuka minda saya untuk berfikir sejenak ciri bakal suami bagaimanakah menjadi pilihan saya??? saat soalan itu diajukan, tiba-tiba saya rasa blank...

'Entah...xkisah kot'

boleh plak jawab mcm tu ek....heeee

'macam mana ni jannah, tema warna dah ade, tempat dah cari, baju pengantin dah pilih, jurukamera, jurudandan dah tau nak ambik sape, budget dah kira, yang tak tahannye, tarikh pun dah decide...tapi bab pengantin lelaki nye...unknown...'

hm,memang benar...itulah yang saya dah lakukan, persediaan yang hampir 70% difikirkan (belum siap lagi...heehee)...tapi,bila ditanya berkenaan bakal suami, saya tiada jawapan...

siapa pilihan hati??? saya sediri tak pasti...sahabat membantu, katanya...

'jannah kene pilih yang boleh bahagiakan jannah dunia dan akhirat...org skrg sibuk cari pasangan yg boleh bahagiakan mereka kat dunia je...baik budi, hormat org tua, jaga hati kita, jaga hati anak-anak, bertanggungjawab, bersama dgn kita sampai akhir hayat then....tu je...macam mane akhirat mereka???'

'jannah kene fikir bakal suami tu mampu ke bimbing jannah ke syurga, bukan jannah je, ahli keluarga dia dan keluarga jannah sekali, boleh ke dia didik zuriat dgn didikan agama yg baik..itu baru aspek keluarga, mcm mana pula dgn gerak kerja Islam??'

'takkan hanya mendidik diri sndiri dan keluarga dgn didikan agama yg baik dijamin masuk syurga??? sumbngan terhadap Islam??? lihat, besarkan tanggungjawab seorg suami, jadi kita xboleh sekadar ambil ringan tntg bakal suami kita...dia lah yang akan mencorak kita sama ada kita kejalan yang lurus atau tidak...'

'kita xboleh terlalu yakin bhawa apa yg jadi pada diri kita skrg akn kekal sampai bila-bila...kalau ditakdirkan kita dapat suami yang tidak menitikberatkan akhirat nya, adakah kita cukup kuat untuk mempertahankan iman kita?? mungkin tidak...kerana

tindakan suami/isteri selalu mempengaruhi tindakan isteri/suami

'alhamdullillah sekiranya ditakdirkan dapat suami yang benar2 bermujahadah memperjuangkan Islam, tapi kuatkah dia sebagai ketua keluarga untuk mengharungi semua cabaran dan ujian sebagai mujahid Islam seorg diri?...tentunya tidak...ujian Allah silih berganti...siapa yang patut membantunya??? isteri, keluarga dan jemaahnya....sbb itu penting berada didlm jemaah...moga kita tidak keseorgn dikala kita jatuh...'


saya diam...berfikir sejenak...tiba-tiba rasa tidak layak pula untuk memiliki org seperti itu andai diri pun tak seperti itu....bagaimana akhirat ku??? Berubah! lakukan perubahan sekarang walau hanya satu langkah!


'orang yang menjaga kehidupan akhiratnya,
pasti terjaga kehidupan dunia nya'

Insyaallah

Wednesday, April 14, 2010

Bersyukurlah Allah tidak jadikan kamu pondan!

Tidak dinafikan golongan-golongan pondan, “mak nyah” semakin ramai dan mempunyai kumpulan-kumpulan dengan aktiviti-aktiviti bersama.Maafkan jika saya salah meletakkan definisi, kerana apa yang saya faham pondan ini merupakan golongan lelaki yang mempunyai beberapa trend menyerupai perempuan, manakala maknyah pula adalah lelaki yang ditransformkan menjadi perempuan sepenuhnya.


KISAH MALAM MERDEKA

Dua tahun berturut-turut saya tidak melepaskan peluang menyertai ekspidisi OPS Masih ada Yang Sayang disekitar KLCC. Masih segar dalam ingatan kami berjalan dalam kumpulan untuk membawa anak muda yang masih ”tersadai” ke masjid As-Syakirin.


Pertama kali saya melihat anak muda terhuyung hayang mabuk. Ketika itu di Bukit Bintang, ramai adik-adik belasan tahun yang bersidai ditepi-tepi jalan, ada yang berdua-duaan, malah ada yang berkumpulan.


“ Ayuni !” saya tersentak apabila satu suara lembut memanggil saya. Berseluar pendek. Rambutnya cantik. Kurus. Saya sangat mengenali dirinya.


“Cici?” saya berpaling. “ Macamne boleh kena tahan ni?” saya bertanya pada dirinya. Dia adalah rakan satu OPKIM di Pekan Pahang. Cici adalah salah seorang mahasiswa Pusat Kebudayaan. Baik orangnya.Seorang lelaki.


" Aku jalan-jalan je. Tak tahu pulak sampai jadi macamni. Aku takutlah. Dorang nak bawa ke mana Ayuni?” Cici kelihatan cemas.


“Bawa Cici ke rumah ALLAH. Sebab dah lewat sangat ni. Ikut je ya. Ramai ada sekali.”


Episod malam merdeka antara episod usaha membenteras gejala tidak sihat berlaku walaupun agak keras. Namun ianya adalah pencegahan khusus dan terlihat. Saya tidak tahu berapa ramai golongan maknyah kampus menjual badan pada malam merdeka.


Tidak pelik, di kampus Malaya, lelaki yang nampak keras dan sasa juga mungkin taksub seks kelakian.(homoseks). Namun, aktiviti ini tidak terlihat. Terselindung dan tersimpan. Ia berlaku dicelah kebosanan anak muda ini tanpa haluan. Haluannya tiada kerana tiada tujuan kehidupan dan mungkin kerana iman goyah dek persekitaran dihidangkan dengan medium seks mudah dapat(internet) antaranya.


KAMPUS JUGA BEGITU

Saya bertuah dapat mengenali Amira(bukan nama sebenar). Perkenalan kami ketika Pilihan Raya Kampus yang lalu. Hampir seluruhnya seperti seorang perempuan. Rambut yang lurus rapi, lemah lembut, sopan, cantik namun tersalah memilih jalan.


Baru-baru ini, saya dimaklumkan dia diaibkan dihadapan kelas, diburuk-burukkan dihadapan pensyarah kerana keadaannya. Dimarahi pensyarah dan pelbagai lagi perkara yang memalukan. Mungkin ada sesetengah daripada kita rasa puas, dan berkata:


“ Inilah akibatnya! Siapa suruh engkau jadi pondan!” Anda kira anda layak berkata begitu? Bersyukurlah Allah SWT tidak menguji kita seperti Amira. Kerana, belum tentu kita tahan menanggungnya.


Sudahlah begitu keadaannya, kita matikan lagi diri mereka dengan merendah rendahkan motivasi akademik yang mereka ada. Sekurang-kurangnya mereka masih boleh dirawat dan kita masih punya masa. Tidakkah kita kasihan?


BENAR ALLAH MURKA

Ya, Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah swt malah sirah Nabi Lut menceritakan bagaimana Allah menterbalikkan bumi mereka sehingga menjadi laut.


“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".(Surah Al-Araf : 80 - 81)


"Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu”(Surah Hud : 82)


Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi s.a.w.;


“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)” (Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)



MENGAPA TIDAK KITA?

Mungkin anda juga punya rakan sekuliah yang mempunyai aliran keinginan berbeza. Mana tahu anda tinggal satu kolej dengan rakan yang suka dan bernafsu pada sejenisnya. Dan anda tahu, mereka tidak tahu mereka melakukan dosa, atau mereka tersalah memilih jalan, atau mereka tidak tahu mencari jalan pulang.

Sepatutnya tindakan paling utama yang kita ambil bukanlah menghukum dengan celaan dan ejek sindir. Memulaukan mereka. Tiada manusia didunia yang menginginkan kebinasaan.


Bagaimana tidak kita? Kita tahu Allah murka, dan kita kasihan pada mereka. Akuilah, bahawa kita ada rasa meluat dan benci melihat mereka.


Bantulah mereka ! Mulakan dengan MENGUBAH SUDUT PANDANG dan berbuat baik terhadap mereka.


Masalahnya, kita menganggap diri lebih mulia dan mereka paling terhina.


Saya mengajak DIRI saya dan anda berfikir mengHUKUM tidak MENYELESAIKAN masalah ummat. Kerana kita hanya akan menang pada TUDINGAN namun KALAH TERUK dalam TANGAN.