Saturday, March 26, 2011

Hati ini diuji...


Subhanallah!
Alhamdulillah!
Allahuakhbar!

aku ingin mencari kekuatan diri
aku ingin mencari keteguhan hati
aku ingin menggali keteguhan iman

agar setiap kali aku diuji
aku kuat dibawah pertolonganMu
biarpun beberapa kali aku diduga olehMu
aku sabar dibawah perlindunganMu
biarlah sebesar mana pun ujianMu
aku bahagia di bawah kasih sayangMu

Allah...
tetapkanlah hati ini agar tidak sentiasa berbolak-balik
teguhkanlah iman ini agar sentiasa utuh demi agamaMu
pandulah diri ini ke jalan yang diredhaiMu

(~_~)


Wednesday, March 23, 2011

entah sampai bila

Air mata ini jatuh lagi
entah kali yang ke berapa saya tidak tahu
tapi yang pasti tiada siapa yang tahu
betapa hancur luluh nya hati saya diperlakukan seperti itu oleh orang yang saya sayangi
orang yang saya hormat
mereka juga tidak segan silu melakukannya kepada orang yang sepatutnya mereka bela
orang yang sepatutnya mereka jaga perasaan & hatinya

sebenarnya mereka sedar atau tidak?
atau mereka sengaja buat tidak sedar?
atau memangmereka benar2 tidak sedar?

saya cuba berubah
saya cuba positif
mengharapkan mereka juga mengerti
berkali-kali saya cuba bertindak sesuatu yang di luar batasan
tapi masih lagi dalam kawalan
semata-mata untuk menjaga hati&perasaan mereka
namun,
apa yang saya dapat?
semakin hari semakin menyakitkan...

memikirkan tentang betapa sayangnya saya pada mereka...
memikirkab tentang betapa penting nya mereka pada saya...
saya bersabar dan terus bersabar...
tapi sampai bila???

(!__!)

Sunday, March 20, 2011

30 Januari 2010

Jika diberi ruang dan kesempatan untuk memutar semula masa...tidak ingin ku melihat bintang itu...cukuplah sekadar bulan menemani malamku...(*_*)

Thursday, March 17, 2011

Rotavapour + berdiri berjam2 (#_#)

semalam seharian buat evaporation.
best!
best sgt2 sbb alhamdulillah dah boleh handle rotavapour sendiri, rinse sendiri...
kalau mase undergrad dl...stakat tau rotate jer...(^_^)q

tambah best lagi
nak tggu crude extract nye berjam2...
dan saya adalah org yg tak reti wat experiment smbil duduk...
confirm xjadi.
so nak xnk terpaksa berdiri...
dari jam 10 pagi - 3.00 ptg...
duduk nye ditambah tolak lebih kurg 45 minit je kot...
huuuuu~~~ (@_@)

~~~ continue later...dah lmbt masuk keje....hiiiiii~~~~

Tuesday, March 15, 2011

indah rupa dari khabar

hurm~~~

sungguh, anda pasti pelik dgn tajuknya
terbalik...ye, terbalik
itulah situasi yg saya alami

kebiasaannya org akan kata
'indah khabar dari rupa'
tapi saya alami
indah rupa dari khabar

'Dia garang'
hati-hati sket dengan dia, jgn terlalu baik sangat
dia ok...baik...tapi racist..

hurm,
semuanya yang negative saya dengar
namun saya tak salahkan mereka
mereka lebih dulu mengalami dan mengenalinya
lantas dengan khabar2 itu
hati saya jadi resah
gelisah, takut dan kurang bersemangat

saya mohon pada Allah
agar dipermudahkan segala urusan
kerana hanya DIA yang menjaga hati-hati manusia
hanya DIA yang mampu melembutkan juga membolak-balikkan hati manusia....
Alhamdulillah,
untuk pertama kalinya
semuanya ok.
pertemuan pertama yang terlalu singkat
saya masih tidak boleh menfsir sifatnya.

kedua kalinya,
setelah 2 minggu selepas pertemuan pertama
secara tiba-tiba...dia datang
membantu dan mengajar saya
segala gambaran negatif saya tentang dirinya pudar
dia buat saya faham
dia buat saya tahu
dia menjelaskan segalanya
dia membantu penuh sopan, penuh tertib
riak wajah garangnya tiada
racistnye jugak tidak kelihatan
dia seorang guru yang mengajar anak murid yg baru belajar

Subhanallah...
Allah bantu saya
Allah beri semangat kepada saya
Allah lembutkan hatinya untuk mengajar saya
dia seorang bijak pandai
namun, tidak kedekut berkongsi...
moga ada Hidayah buatnya suatu hari kelak...
(^-^)q

*** tak nak puji dia terlalu melambung, risau lama-kelamaan saya kecewa. moga hari-hari mendatang berakhir seperti hari ini agar keesokannya saya menjadi SemakinHariSemakinSemangat [SeHaSeSE]

Friday, March 11, 2011

He is the first but he's not the last....

teringat zaman pentarbiyahan saya ketika matrikulasi dulu

Subhanallah...
betapa terasanya kasih sayang Allah pada saya saat itu
Dia menjaga dan membantu saya
dengan mempertemukan saya dengan beberapa orang sahabat yang tinggi fikrahnya
mentakdirkan saya untuk belajar di tempat yg penuh pentarbiyahan ini
saya menjadi seorang insan yang kuat
semua ini kerana bantuan dan lindungan dari-NYA

Alahuakhbar!
disitulah bermulanya titik perubahan
suatu tekad
suatu azam
satu penghijrahan

Soal Cinta adalah topik utama ketika di matrikulasi dulu
usaha keras pihak matrikulasi membanteras budaya couple
cukup terkesan di hati saya
hari-hari hati saya diusik dengan peringatan
sama ada dari pihak matrikulasi mahupun sahabat2

Alhamdulillah,
saya sedar dan kuat utk mempertahankan hukum
kerana saya tahu
disisi saya ada Allah dan sahabat2 yang membantu
memberi kekuatan dan semangat

'He is the first but he's not the last....saya redha...p(^_^)q'