Sunday, August 21, 2011

Uhib-Uhib!

owh...sekian lama tak update blog!

saya sibuk!
sibuk dengan hobi baru!
hehehehehe

sekarang saya dah mula menjahit baju.
Alhamdulillah telah berjaya siapkan baju kurung
\(^_^)/

hurm,
dapat lak berita mengejut yg sahabat saya akan bernikah 1 september nnt.
ooopppsss....cukup xdisangka...
yela, dah sampai jodohnya.

saya????
heeeeeeeeeeee
entah...lalalalala

ok, next time gambar2 hasil jahitan akan di muat turun @ upload.


Sunday, August 7, 2011

Semangat Baru!

Alhamdulillah...
baru selesai temuduga dengan IlmuHijrah
sebagai Smart Tutor Math

bertemu dengan En.Shaiful
pengasas IlmuHijrah
buat saya berfikir lama
Allah tidak akan buka pintu rezeki buat kita
andai kita tidak berusaha untuknya

selepas ini,
saya harus bertindak
bertindak dengan lebih serius
dalam kerjaya
dalam kehidupan dunia dan akhirat

Aja!Aja!Fighting!

*** perbualan cepumas semasa temuduga...

"Bila awak plan nak kawen?"
"paling awal tahun depan, insyaallah."
"so, bakal suami awak tu tak kisah ke awak kerja ?"
"Wallahua'lam encik, calon pun xde lagi..."
"eh!awak macam taknak kawen jer???"
Gulp!

~~~ hahahahahaaaaaaaaaaa (^______^) ~~~

Friday, August 5, 2011

Imbas 5 Ogos 2010

on that day!
kami ada jamuan utk para graduan
hanya saya dan syafiq berkesempatan utk pergi
dila, dayang dan kawan2 lain masing2 ada hal
petangnya, dila akan berangkat pulang ke Johor.
jadi, kitorg ( saya, dila dan syafiq) bercadang utk ambil gambar konvo hari tu

syafiq terlebih dahulu mengambil gambarnya
memang dah agak
gambar dia pasti menarik
kerana dia sgt terkenal dgn pelbagai aksi yang kemas dan menarik klo bergambar
jadi, xhairanlah gambar konvo nya perfect! (^_^)

kemudan turn dila....
saya dan syafiq lihat
juga ok, tapi sedikit tak sempurna pada sekeping gambar.
tapi dila tetap berpuas hati kerana gambar dia menerima scroll perfect! (^_^)

tiba giliran saya!
huh!...kecewa...
memg saya dah jangka
saat scroll bertukar tgn
saya dah tahu saya buat kesilapan
gambar pasti buruk
ye!terbukti!
serius saya kecewa....heeee

jadi, gambar saya hanya syafiq dan dila yg lihat
mereka sndiri mentertawakan saya...
tanda mengiyakan yg gambar saya tak sempurna
hahahaha....
saya tak terasa...sekadar kecewa dgn diri sendiri...
sejak menerima gambar itu, tiada sesiapa pun yg saya benarkan utk melihatnya
cukuplah hnya dila dan syafiq...(~_~)
itupun terpaksa kerana utk adil,
sbb saya terlebih dulu melihat gambar mereka.


kemudian,
kami berjalan2 sekitar DTC utk last time b4 jubah dipulangkan
dan dila akn pulang ke johor ptg itu
dan seriously....
Never expect that day was the LAST TIME WE ARE TOGETHER...!
Dila, Jannah dan Syafiq







Thursday, August 4, 2011

Imbas Saat Indah 4 Ogos 2010!


Setahun sudah
saya dan sahabat2 bergelar GRADUAN.
Alhamdulillah...
Masing2 diberi rezeki kerjaya oleh Allah
saya sendiri, walau tiada rezeki dalam bidang kimia
tapi Allah sebaik2 perancang
saya yakin Allah merancang yang terbaik buat diri saya
jadi, buat masa ini, Guru Tadika dan suri rumah separuh masa (^_^) adalah yg terbaik buat saya.
Alhamdulillah.

Namun,
setahun yang lepas...
pada malamnya...saya merindui detik manis itu...
saya tersenyum sendiri mengenangkan detik2 menyambut scroll ijazah saat scroll bertukar tangan
tapi, mlm ini, pada tarikh yang sama...
saya berduka...
mengenang salah seorang sahabat yg kini telah kembali kepangkuanNYA

sekadar mengimbas kenangan lalu...
inilah saat terakhir saya bertemu denganya
Arwah Muhammad Syafiq Ibrahim
SES 060381 (no matrik arwah),
kekal dlm igtn,bukn ape, dulu kitorg kerap jugak tlg sign kan attendance...huuuuu~~~~~

beberapa gambar kali terakhir bersama arwah syafiq.

dia menceriakan keadaan







** we will miss u forever.moga berjumpa di JANNAH!Amin....



Wednesday, August 3, 2011

Lawan tetap Lawan

Nafsu!
Bulan ramadhan paling sukar untuk melawan nafsu
nafsu makan, nafsu tidur, nafsu amarah, nafsu maksiat dll
Masya Allah....

tapi
Lawan tetap lawan
lawan kerana ia juga satu jihad
memang susah lawan nafsu
tapi kita tetap mampu

kukuhkan iman dengan perbanyakkan ibadah
bersihkan hati dengan istighfar
mata, tangan, kaki dan hati!
Jaga!
Jaga pandangan!
Jaga kata-kata!
Jaga kakitangan!
Jaga hati!

Allah....
bulan berkat ini
Allah bantu kita ikat Iblis dan Syaitan
tapi mengapa masih ada maksiat sini sana?
tetap ada jenayah sana sini?
Nafsu!
Nafsu lah punca nya.

jadi, Jom Jihad!
lawan Nafsu!

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ramadhan.



Ramadhan,
ia datang lagi
Alhamdulillah...bersyukur sgt
sehingga hari ini
hingga kini
saya masih diberi kesempatan
untuk menghidup udara Allah
meminjam oksigen Allah
menikmati malam indah Allah
merasai angin yang menderu
Subhanallah...

sepasang mata yang masih mampu melihat
sepasang telinga yang masih bisa mendengar
hidung yang memberi nikmat bau-bauan
mulut yang masih boleh berbicara
kaki dan tangan yang masih lagi bergerak
Subhanallah...

justeru,
pinjaman Allah, amanah kita
nikmati malam Allah dengan tahajjud
hiasi siang Allah dengan solat sunat
basahkan lidah pinjaman Allah dengan zikir dan tadarus Alquran
hargai pinjaman Allah selagi ia masih ada
kerana kita akan semakin merinduinya andai kita kehilangannya...

(^_^)