Thursday, December 30, 2010

Kepastian dan Jawapan.

'Azreen, ko kenal Arif kan?' tanya Raziq tiba-tiba

'kenal, kenapa?'

'Dia jiran aku la. Hari ni dia tunang, ni jap lagi aku nak pergi rumah dia la ni. Nak ikut?'

'...Arif tunang hari ni? dengan siapa? kenapa aku tak tahu?...' Izhan Azreen berbicara sendiri dalam hati.

'Oi! berangan plak! Nak pergi x?' suara Raziq mengejutkan dia dr lamunan.

'err...erm...xpe la...dia xajak aku pun...malu je nak pergi. Lagipun dia pihak laki.klo aku knl pihak perempuan tu xpe la jugak'
Izhan cuba mencari alasan. mana mungkin dia pergi ke majlis pertunangan Arif. Dia tak diundang. Ye, kerana dia tak diundang. bukan sebab lain.

'Ok, kalau mcm tu. xpe la..aku pergi dulu. Jumpa lain kali ek.' Raziq melangkah meninggal kan Izhan yg masih termangu.

ingin saja rasanya dia menyuruh Raziq menyampaikan salam pada Arif. Salam dan ucapan Tahniah. Tapi lidahnya kelu. Langkahnya terhenti. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

'...Mungkin...' getus hati Izhan tiba-tiba.

Lantas dia terus ke kereta. Memandu ke suatu tempat. bukan jalan pulang ke rumahnya, tapi...mengikut gerak hatinya. Dia inginkan jawapan. Dia inginkan kepastian. Entah kenapa dia sendiri tidak pasti. Dia tidak memerlukan jawapan itu sebenarnya.

Dan akhirnya dia tiba ke tempat itu. dia lihat ada sebuah khemah, ramai orang. dia hanya memerhati di dalam kereta. kakinya terlalu berat untuk melangkah keluar.

tiba-tiba dia terlihat seseorang...seseorang yang sangat dikenalinya...sedang bergelak ketawa bersama beberapa orang yang juga sangat dikenalinya...Aqilah, dia di rumah Aqilah kini. Aqilah bersama teman2 rapatnya yang lain. Aqilah berbaju kurung, cantik. ada veil di kepalanya. 5 jari kanannya berinai.

'Aqilah bertunang hari ni. tapi kenapa aku tak tahu? dan tak dijemput?' Getus hati Izhan. Tekaannya mungkin tepat. tapi masih lagi belum pasti. tapi matanya sudah mula berkaca. entah kenapa hatinya begitu terusik tatkala melihat kegembiraan di wajah teman2 rapatnya.

'mereka bahagia walau tanpa aku...' Izhan merintih.

hatinya betul-betul terluka. kenapa dia tidak diundang untuk majlis pertunangan teman rapatnya. dia tidak kisah seandainya Aqilah tidak jemput semua teman2 rapatnya kerana hanya majlis pertunangan. tidak perlu terlalu diheboh2kan. tapi bila hanya dia...hanya dia tiada diantara mereka...hatinya hancur luluh...dia rasa sgt2 tersisih.

'mengapa...mengapa Aqilah tak beritau aku???' hati Izhan memberontak ingin tahu.

'Apa salah aku dah buat pada Aqilah? ' dia cuba mengingati.

tapi dia yakin tiada. baru bulan lepas mereka keluar bersama-sama. bercuti di Pulau Pangkor bersama-sama. Mengubati rindu dan mengimbau zaman mereka sama-sama belajar di kolej dulu. tapi kenapa tiba-tiba...dia seolah-olah rasa kenangan itu dah terlalu lama berlalu...

Dia tidak mahu terus lagi melihat kegembiraan itu. Dia cuma mahukan kepastian dengan segera. kemudian dia ingin trs balik. tidak sanggup lagi rasanya melihat mereka.mereka yg sedang meraikan kegembiraan bersama-sama tanpa dia. Tiba-tiba...

'tok...tok...tok...' pintu cermin keretanya diketuk.

Dia toleh. Dia terperanjat...sungguh dia terperanjat.

'...Arif....' nama itu hanya bisikan dalam hatinya. dia tidak mampu lagi menyebutnya.

'Eh! asal ko ade kat sini Azreen? tiba-tiba kelibat Raziq muncul di sebelah Arif.

Mata Izhan masih lagi tertumpu pada susuk tubuh Arif. Dia lengkap berbaju melayu putih. 3 Jari kanannya berinai. Sah! memang Arif bertunang dgn Aqilah hari ni.

'Azreen!' tegur Raziq lagi.

'err...ye..ye...' Izhan tergagap. Dia malu. Dia lupa susuk tubuh yang direnungnya itu tunangan orang.

'kenapa tak masuk?' tegur Arif dengan nada bersahaja.

'err...erm...xpelah.ade hal. by the way, Congrats! kirim salam kat Aqilah ek'

Izhan terus melangkah masuk kereta, menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Tidak memberi ruang langsung pada Arif untuk membalas. juga meninggalkan Raziq yang terpinga-pinga. Sedang di hujung sana, di bawah khemah, kegembiraan Aqilah dan rakan2 rapat Izhan juga terganggu.

mereka semua hanya mampu memandang kereta Izhan berlalu pergi. Arif serba salah. Raziq masih lagi tidak faham. Aqilah dan rakan2nya serba tak kena. keterujaan mereka menyambut Arif, tunangan Aqilah untuk sesi bergambar terganggu saat mereka terlihat kelibat Izhan Azreen. Lebih tidak disangka melihat Azreen sedang berbual dengan Arif. Mereka merasa begitu bersalah pada Azreen. Hati mereka mula tidak tenang apatah lagi dengan tindakan Azreen yang hanya pergi meninggalkan mereka begitu sahaja.

tentu Azreen sedih sekarang. mesti dia kecewa. tapi macam mana dia tau ek? itulah persoalan-persoalan yang timbul di benak mereka.

sedang Izhan. Air matanya tidak henti-henti mengalir sepanjang perjalanan. Dia terlalu sedih ats banyak sebab. Tekaan nya tepat. Dia telah mendapat kepastian dan jawapan. Dan kepastian yg dicarinya itu memakan dirinya sendiri. Dia tidak mahu terus menunggu lagi. Melangkah pergi adalah jalan terbaik. Biarlah dia memujuk hatinya sendiri.



No comments:

Post a Comment

respons