Monday, May 2, 2011

Withlove

" kita jumpa nak? "

mesej dari Hata yang dibacanya semalam buat dia tidak keruan hari ini.
sehingga kini emel Hata masih belum di balas.
Izhan hanya merenung komputer ribanya. Tidak tahu apa yang perlu dibalasnya.

" Nape tibe2 je dia nak jumpa aku " getus hati Izhan.

sepanjang persahabatnnya dengan Hata, dia bukanlah menjadi dirinya...tetapi dia menceritakan tentang semua impian dan keinginan dirinya sebenar.

Teruterubozu....namanya sahaja bukan nama sebenar.
Teruterubozu, seorang pendidik, juga seorang penulis sambilan. Terlalui menyukai pantai dan menggunakan suasana laut sebagai inspirasinya untuk menulis.

Beginilah lebih kurang gambaran suasananya...mungkin terlalu mewah...tetapi itulah yang diingininya. Menjadi seorang pendidik kepada remaja sekitar usia 15-17 tahun bukanlah mudah. lantas dia menterjemahkan apa yang dilaluinya dalam tulisannya. Dia turut menterjemahkan kisah cinta sama ada realiti mahupun sekadar fantasi baginya. dengan menulis, dia merasa apa sahaja yang dilaluinya dapat diluahkan. dengan berkarya dia juga merasakan perasaan nya dapat dikongsi.

Itulah Teruterubozu yang diceritakan pada Hata. Hakikatnya, dia bukanlah penulis setia...dia juga masih belum menjadi seorang pendidik. Dia juga bukan lah menetap di persisiran pantai. Untuk berjumpa laut setahun sekali pun susah...

Lantas Izhan nekad.
.
.
.

Di rumah, Mirza kembali periksa emelnya. Kali ini dah masuk kali ke 5 dia periksa emelnya, tapi semuanya hampa. Kali ini dia berharap, Teruterubozu membalas emelnya. Ingin sahaja dia menghantar emel lain pada Teruterubozu bahawa tidak perlu lah mereka berjumpa andai permintaan itu bakal menamatkan persahabatan mereka.

" Inbox (1) "

Hati Mirza berbunga girang. Kali ini dia tidak hampa. Dia yakin itu pasti emel dari Teruterubozu.

" Maaf Hata lewat saya membalas emel. Tentang permintaan Hata tu, saya rasa saya tak dapat nak tunaikan. bukan apa, saya merasakan persahabatan ini lebih selesa diteruskan secara alam maya. Pandangan kita, pengalaman kita, penulisan kita...ikhlas...saya takut, lepas kita jumpa nanti, kita bukan lagi kita. kita adalah orang lain. saya harap Hata memahaminya. "


Teruterubozu (^-^)q

Mirza membaca emel tersebut beberapa kali. Hurm, sukar untuk dia menerimanya. Walaupun begitu, dia bersyukur kerana Teruterubozu masih ingin berhubung dengannya. Itu sudah cukup melegakan hatinya.

Jari jemarinya kembali aktif menaip sesuatu. butang send di 'Klik' nya.

No comments:

Post a Comment

respons