Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda :
Tidaklah suatu kaum itu berkumpul dalam sebuah rumah Allah di mana mereka membaca Kitab Allah dan belajar bersama antara mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan menyebut namanya di hadapan para makhluk yang ada di sisiNYA" (Sahih Bukhari)
Daripada hadith diatas, bertalu2 soalan menerjah di kotak fikiranku
Pernahkah saya mengajak sahabat2 saya sama2 mengaji AlQuran saat bertemu...apatah lagi ketika di masjid?
Pernahkah saya mengajak ahli keluarga saya bertadarrus bersama-sama di rumah setiap hari?
Pernah atau tidak saya berkempen kepada saudara saudara saya untuk bertadabbur dengan AlQuran?
Allahuakhbar!
Astaghfirullah!
Astaghfirullah!
Astaghfrullah!
Jom sahabat2...kita berubah!
To do list:
1) buat jadual harian untuk anak2 sedara + aktiviti mengaji bersama2
2) berkempen dgn saudara2 saya SETIAP HARI (via fb or twitter etc) agar mencintai AlQuran
3) setiap kali pertemuan dgn sahabat2, ada majlis ilmu atau tadarrus Alquran.
No comments:
Post a Comment
respons