Kisah itu aku tutup
kerana telah aku buka kisah baru
ruang itu kembali terbuka
kerana telah aku cuba berlapang dada
ternyata ia tidak sesukar yang disangka
namun tidah juga semudah satu dua tiga
aku cuba kembali merenung kisah lalu
ternyata aku malu
malu berdepan kematangan
malu menghadapi kedewasaan
namun kisah itu juga buat aku bangkit
bangkit berdepan kesedaran
bangkit melawan kebodohan
ternyata Allah Maha Adil
PerancanganNYAMaha Tepat
KetentuanNYA Maha Bijaksana
Aku bersyukur Ya Allah
ujian itu untuk aku
kebahagian itu milik mereka
suatu ketika dulu
tapi kini baru aku faham
segala-galanya buat kami
ujian dan kebahagiaan terhidang dihapan kami
cuma masa menentukannya
Ameen ~~~
No comments:
Post a Comment
respons