Tuesday, February 1, 2011

belum tentu lagi sayang...


seorang sahabatku
hatinya...
sedang gundah gulana
terlalu resah
entah...
jika saya ditempatnya
saya sendiri tidak dapat membayangkan apa perasaan yang menghantui diri saya
entah apa emosi yang bakal menganggu diri saya

sahabatku
dia sangat kuat
dia sangat tabah
sejak dari dulu
apa sahaja ujian buatnya
dia tetap ceria

namun,
hati seorang hamba
jiwa seorang wanita
sekuat mana pun
tidak lari dari mengalirkan air mata

tidak mengapa wahai sahabat
menangislah...andai itu yang dapat mengubat dukamu
mengadulah pada-NYA
andai itu yang dapat melegakan perasaan di jiwamu

sahabat,
setiap ujian yang Allah turunkan
pasti ada hikmahnya
pasti ada sebab musababnya
paling indah
ujian itu tanda cinta-NYA pada hamba-NYA
kerana
DIA merindui rintihan hamba-NYA
DIA merindui air mata yang mengalir kerana memohon pengampunan-NYA

Duhai sahabat
jangan cepat membuat andaian
kerana ia lebih meresahkan jiwamu
belum tentu yang sakit itu
Allah jemput dahulu
belum tentu yang sihat itu
panjang umurnya
Belum tentu yang tua itu
kuburnya dah panggil mari
Belum tentu juga
yang muda itu
masanya masih panjang

kuatkan hati mu sayang
Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar
tabahkan hati mu sayang
kami sentiasa mendoakanmu
kerana kami sayang kamu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ p(^___^)q ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment

respons