Tuesday, February 8, 2011

Sungguh saya terkilan....


Sejenak saya berfikir...
lama kelamaan hati saya gundah
mula melakukan dengan hati yang tidak ikhlas
kerana berputiknya rasa tidak seronok
entah kenapa mereka berpendapat begitu
sungguh saya terkilan
'penat belajar tinggi2..last2 jadi cikgu tadika je?'

itulah yang buat hati saya cukup terusik
mood pendidik mula kabur
setelah hampir setahun bekerja
namun kerja saya ttp dipandang remeh
hanya krn sy mempunyai segulung ijazah


memikirkan kembali diri ini
sungguh dengan ilmu kimia yang terlalu 'ciput'
saya tak layak bergaji besar
kerana pengajian saya hanya kerana exam
keputusan saya langsung tidak membanggakan
lalu apa lagi yang harus saya pertahankan
agar saya dipandang tinggi
di mata mereka


kini rezeki saya meluas dlm bidang pendidikan
Alhamdulillah saya bersyukur
biarpun gajinya kecil
saya redha dengan rezeki dari-NYA
kerana hanya DIA yang tahu setakat mana rezeki untuk saya
bukan saya mahupun sesiapa yang menentukan cukup atau tidak
apa yang wajib kita buat bersyukur dengan apa yang Allah bagi...

No comments:

Post a Comment

respons