menyentuh berkenaan solat hajat, saya rasa malu saat ditanya oleh ustaz,
berapa kerap kah kami solat hajat?sehari sekali?seminggu sekali?sebulan sekali?atau hanya di saat2 kami berkehendakkan sesuatu seperti semasa exam, semasa bulan ramadhan....
Allah, ampuni aku..ampuni kami...
saat slot motivasi dimulakan, ustaz Alang mengalunkan zikir penuh syahdu, membaca doa bersama kami dlm bhs melayu, buat semua hati yang menadah tangan menjadi sayu, kami muhasabah diri..saat itu, sgl yang disebutkan oleh ustaz Alang dlm doanya, ada benar...
terlintas segala dosa yang saya lakukan...kepada ibu bapa, keluarga ahli keluarga, kepada sahabat2 dan lebih hina lagi dosa kepada agama...Ya Allah..indahnya saat kesedaran itu timbul dlm hati..segala kebaikan ingin dilakukan agar dosa-dosa diampunkan...maka kekalkanlah Ya Allah kesedaran itu dlm hati-hati yang mrindui keinsafan, hati-hati yg menginginkan Perhatian-Mu, Kasih Sayang-MU dan Redha-MU...
Ustaz Alang semakin bijak mengawal situasi, Alhamdulillah, byk hati-hati yang tersentuh, dan agak ramai jua yang mengalirkan air mata...mengimbau dosa silam mungkin...dan berazam untuk berubah dan menebus dosa-dosa silam...Insyaallah...(~_~)
Bergunakah Saya???
Ustaz Alang bercerita mengenai kenangannya semasa majlis konvo di UM thn 2005.
alhamdulillah, beliau mendapat first class degree, TAHNIAH! (^_^).
apa yang ingin dikongsikan oleh beliau berkenaan perbualan beliau dgn seorang lelaki India yang bertanya pada beliau:
'Naemi, kamu hidup untuk apa?'... En.Morgan
'saya nak berjaya,saya nak kaya'... jawab ustaz
'kamu ni tak guna'...tegas en.morgan tba2..
'eh,apa hal plak die nih??' kata ustaz dm hati.
'kenapa en.morgan cakap saya macam tu?'...ustaz mencari kepastian.
'Naemi, sepanjang kamu belajar di UM, da berapa byk kamu bg ibu bapa kamu duit?
kamu dah tau camne nak beli kereta,rumah?
sepanjang kamu hidup pada usia 23thn ni,kamu dah bwk ibu kamu berjalan ke mana?..tanya en.morgan bertubi-tubi
ustaz diam,berfikir....
p/s ** lebih kurg camni kot dialog nye, saya reka je berdasarkan apa yg diceritakan oleh ustaz alang, maaf ustaz kalau lain sket..kot tertambah or terkurang..maaf...
hm,ustaz alang menyimpulkan...kalau en.morgan, yang berbangsa india itu boleh fikir sebegitu, mengapa kita org islam ini tidak? sepattnya kita dah lama berfikir dan merancang untuk semua itu..bukan bermaksud memikirkan hal dunia, cuma nak mendidik kita belajar erti merancang untuk diri sendiri agar kita jelas tntg tujuan hidup...
ustaz tambah beberapa soalan seperti
'Sudahkah kita merancang untuk membawa ibu bapa kita ke makkah sama ada menunaikan Haji atau Umrah??'
Allahuakbar...pada usia ini, tidak saya merancang untuk membawa ibu bapa saya ke makkah, memang ada terfikir, tapi pada masa akan dtg, di saat saya telah bekerjaya...
tp kata ustaz alang, jika kita menangguh, entahkan sempat entahkan tidak....
juga, sepanjang saya mendapat biasiswa, berapa sgt lah saya memberi kepada mak ayah saya, saya cuma terfikir yang saya mengurangkan beban mereka apabila saya mendapat biasiswa...
saya tak pernah merancang secara bertulis mahupun 'solid/rigid' tntg kehidupan masa akan dtg saya...semuanya hanya bermain di fikiran...
hm,moga selepas ini, saya dan sahabat2 yang lain, belajar merancang jadual hidup, agar masa kita teratur, kita juga jelas akan matlamat hidup..
Apa yg penting ialah kita 'NAK' !
No comments:
Post a Comment
respons