Wednesday, October 7, 2009

Renungkan… Hayati dan fahami… :)

Jika kamu memancing ikan… setelah ikan itu terlekat
di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan
itu…
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja… kerana ia akan sakit oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya… janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu sahaja… kerana dia akan
terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak
dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh… cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak… tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula… akhirnya ia dibuang… sedangkan
jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh
digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa… anggaplah dia manusia
biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya… akhirnya kamu
kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain… Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi
itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu
akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan….. yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu
berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…..

No comments:

Post a Comment

respons