'dah dgr azan nih, tak elok plak klo solat kat bilik, nanti lepas maghrib naiklah' pintu hati ku terbuka jua..alhamdulillah..(n_n)
saya teringat pesan seorang ustaz, katanya..
'kalau Allah dah bg Nur tu, grab terus, jgn tangguh2'
so,sy kne grab niat nak turun surau tu cepat2 sblm berubah hati.
tatkala tba di surau, hati sayu melihat jemaah muslimat tak sampai separuh saf,
'Ya allah, kalau aku tak turun tadi, lagi sikit jumlahnya..Syukur pada-MU karana membukakan pintu hatiku...(~_~).
Usai solat maghrib, seperti yang dirancang aku ingin naik ke bilik kerana setahu aku hari ini tiada tazkirah, tp aku tangguhkan sebentar niatku itu tatkala terlihat buku tazkirahku di dlm laci surau..aku membelek2nya sambil bersandar di tiang..tak lama selepas itu, aku dengar ada muslimin memulakan bicara untuk menyampaikan tazkirah. aku ingatkan budak balai penyampainya, tp sebaik saja tirai dibuka, aku lihat wajah asing yg tak pernah kujumpa sebelum ini. siapa ye???? erm..Jeng!jeng!jeng!....
jiran sebelah rupanya, ustaz muda (pelajar thn 1, jurusan kaunseling). kata ustaz tersebut, beliau akan memberi tazkirah setiap hari rabu, mengajar bab aqidah,hukum-hakam, feqah dan byk lagi sekiranya berkesempatan...
setelah beberapa minit berlalu, isi2 tazkirah beliau menarik dan menyentuh hati & perasaan ku, terasa betapa jahilnya diri ini akan ilmu agama...ustaz sgt2 menekankan agar kami menuntut ilmu agama..ustaz cerita lagi beza org berilmu dgn org yg jahil, azab org yg jahil ilmu agama...
lama-kelamaan, aku makin sebak, saat beliau melaungkan 'Allah laknat', dada aku berombak laju...dosa-dosa lalu segar diingatan, Allah... air mataku jatuh jua..namun kutahan, krn aku duduk di barisan depan, muslimat semakin ramai membanjiri surau, alhamdulillah...
kata beliau :
' orang yang berilmu, tetapi buat maksiat, dia masih kekasih allah, kerana dia tahu apa yang dia buat itu dosa' ~~~ tapi tak lah dimaksudkan di cni buat maksiat tu, jd kekasih allah...fhm ye..
'tetapi org yg jahil itu, sekalipun dia kuat beramal ibadat, dia adalah musuh allah, kerana dia tak tahu kenapa die beribadat.
tambahnya lagi berkenaan takliq (tiru/ikut-ikutan ) iman.
contohnya - kita solat kerana wajib dlm islam, tapi solat yg dilakukan tidak mengikut rukun atau tidak cukup rukun. kebiasaannya org selalu tinggal rukun toma'ninah ( berhenti seketika selepas bgn dr rukuk, tgn jgn digerak-gerakkan )
lebih terkesan saat beliau mengatakan :
'anda semua disurau ini Allah pilih untuk datang dgr tazkirah, turun ke surau, ada antara rakan2 kita yang tak berpeluang, ada urusan lain, jadi anda beruntung kerana dipilih oleh Allah untuk dtg ke majlis ilmu' ~~~lebih kurg la..
saat itu aku rasa bersyukur sgt kerana Allah gerakkan hati ini untuk turun ke surau dan tak jadi naik ke bilik lepas maghrib...aku bersyukur sgt2 Ya Allah kerana KAU pertemukan aku dgn seorg insan yg benar2 menyedarkan diriku...
Ya Allah, kini aku bermohon pada-MU, agar hati ini sentiasa dipelihara oleh-MU, diri ini sentiasa dlm perhatian & perlindungan-MU, dan tetapkan jua imanku, agar aku istiqamah dlm beribadat dan menuntut ilmu... (~_~)

No comments:
Post a Comment
respons