Sunday, August 18, 2013

mahu kamu apa atau hanya aku?

kamu
teringin benar rasenye bersemuka dgnmu
apa tujuan mu
apa kehendak mu
apa niat mu

melihat aku tersenyum itu
adakah kamu sakit
melihat aku menangis
adakah kamu puas

apa yang cuba kamu buktikan
tahukah kamu
bertahun aku mengumpul kekuatan
bertahun aku berperang dgn perasaan
adakah itu masih belum cukup buatmu

mungkin juga hanya aku
 yang terasa sendiri
sedang kamu tiada apa
tapi aku yakin
kamu juga punya akal dan hati
yang bole berfikir dan minta dijaga

aku cuma berharap ia segera berakhir

usah diungkit

hati ini terusik lagi
walau hampir 3 tahun berlalu
benar ia xkn pernah hbs 
selagi sesuatu yang 'wow' tdk sy buktikan

benar kata Prof Muhaya
kita suka kisah apa orang kata
tapi jarang kisah apa Allah suka

saya juga punya impian
saya juga punya cita cita
bukan saya tdk pernah mencuba
bukan saya tdk pernah meminta
yang akhirnya saya redha
kini berubah dek krn kata2 anda

saya ingin buat krn saya suka
bukan org suka
saya bertindak krn sy minat
bukan utk dikagumi
biar ia dipandang kecil
asal besar di hati sy
biar ia dipandang lekeh
asal puas pd diri saya

saya tdk minta difahami
cuma usah di tanya lagi
ambil berat jangan melampaui
doa anda amat saya hargai

Wednesday, December 19, 2012

Kisah itu berlalu pergi~~~

Kisah itu aku tutup
kerana telah aku buka kisah baru

ruang itu kembali terbuka
kerana telah aku cuba berlapang dada

ternyata ia tidak sesukar yang disangka
namun tidah juga semudah satu dua tiga

aku cuba kembali merenung kisah lalu
ternyata aku malu
malu berdepan kematangan
malu menghadapi kedewasaan

namun kisah itu juga buat aku bangkit
bangkit berdepan kesedaran
bangkit melawan kebodohan

ternyata Allah Maha Adil
PerancanganNYAMaha Tepat
KetentuanNYA Maha Bijaksana

Aku bersyukur Ya Allah
ujian itu untuk aku
kebahagian itu milik mereka
suatu ketika dulu

tapi kini baru aku faham
segala-galanya buat kami
ujian dan kebahagiaan terhidang dihapan kami
cuma masa menentukannya

Ameen ~~~

sesi pembersihan

fuh...fuh...berhabuk...bersawang bagai dah blog ni....




kene jugak ade post bermanfaat before end of this year (^_^) and sempena ulgtahun blog ni yang ke bpe ntah this 26th disember.

Monday, July 2, 2012

Cintakah Kita Pada AlQuran

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda :
Tidaklah suatu kaum itu berkumpul dalam sebuah rumah Allah di mana mereka membaca Kitab Allah dan belajar bersama antara mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan menyebut namanya di hadapan para makhluk yang ada di sisiNYA" (Sahih Bukhari)

Daripada hadith diatas, bertalu2 soalan menerjah di kotak fikiranku

Pernahkah saya mengajak sahabat2 saya sama2 mengaji AlQuran saat bertemu...apatah lagi ketika di masjid?

Pernahkah saya mengajak ahli keluarga saya bertadarrus bersama-sama di rumah setiap hari?

Pernah atau tidak saya berkempen kepada saudara saudara saya untuk bertadabbur dengan AlQuran?

Allahuakhbar!
Astaghfirullah!
Astaghfirullah!
Astaghfrullah!

Jom sahabat2...kita berubah!

To do list:
1) buat jadual harian untuk anak2 sedara + aktiviti mengaji bersama2
2) berkempen dgn saudara2 saya SETIAP HARI (via fb or twitter etc) agar mencintai AlQuran
3) setiap kali pertemuan dgn sahabat2, ada majlis ilmu atau tadarrus Alquran.


Ada Harta tapi tidak Mewah (^_^)

Islam sememangnya menggalakkam kita untuk mencari rezeki tetapi kemewahan bukanlah matlamat yang hakiki. Betapa ramai orang yg mampu membeli rumah yang mewah namun tidak mampu membeli kebahagiaan didalamnya. Betapa ramai orang yang mampu membeli tilam yang empuk dan mahal, namun tidak dapat membeli lena semasa tidur. Ramai orang yang mampu membeli makanan yang enak, namun tidak dapat membeli selera semasa makan.Sebab itulah dikatakan kemewahan harta bukanlah penentu kebahagiaan pada diri kita.


Sunday, July 1, 2012

Sedar setelah diuji

sejak beberapa bulan yang lalu
saya sedar sesuatu setelah diuji
benarlah sesungguhnya ujian Allah itu ada hikmahnya malah hikmahnya besar (^_^)

saya sedar
betapa ramainya umat islam di luar sana
yang boleh bersatu
namun...
bukan untuk menegakkan syiar Islam (~_~)

saya juga sedar
betapa ramainya saudara-saudara saya di luar sana
yang merasakan setakat solat 5 waktu itu cukup untuk menjadi muslim soleh
(termasuk saya)

Astaghfirullah...

Ya Allah,
Layakkah saya untuk menghadapMU
Malunya saya untuk menemui kekasihMU
apatah lagi untuk managih syafaat baginda

Masakan tidak,
Rasulullah saw siang dan mlm memikirkan perihal umat2 baginda
sedang kami... (~_~)

Rasulullah saw rela sakit demi untuk menyelamatkan umat2nya dari di azab olehMU
sedang kami.... (~_~)

Allah,
UjianMU buat aku sedar betapa diri ini masih jauh untuk mndapat syafaat baginda
aku ingin berubah
berubah menjadi muslim yang lebih baik
lebih mencintai Rasulullah saw
sunnah baginda akan cuba aku praktikkan dalam kehidupan semaksimum mungkin
kelak aku disoal tentang sumbanganku terhadap agama, aku tidak mahu lidahku kelu
petunjukMu aku tagih
perlindunganMU pun aku raih
walaubagaimanapun, aku tahu kebergantungan yg tinggi terhadapmu Ya Rabbi akan melunakkan lagi rasa keberkatan dalm hidup
Insyaallah.


Thursday, June 21, 2012

Nak sgt gelaran mahasiswi ni....


Alhamdulillah selamat dah adik saya yang bongsu ni sambung belajar di KUIS
bidang...as usual in Ayop's family - education -
heee....oke, lengkap semua anak2 perempuan en.ayop as a teacher. moga ijah jugak bakal menjadi guru suatu hari nnt (^_^)

mula2 pujuk dia ambik form 6 compared to ipts, tp tak nak dah pakai baju sekolah katenye dan maybe nak bergelar mahasiswi...yg penting study molek na (^-^)


bile ijah dah masuk blaja ni, masalahnyer kan....


ha...sape nak tolong lipat kain menggunung ni sila angkat tgn pls pls pls....
selalu ijah la yg akan dan MAMPU lipat kain menggunung ni. tugas saya basuh dan jemur je...huaaaah...cabaran2!

ok, tata.nak pg tarah gunung yg tinggi nih #tabah!

Wednesday, May 23, 2012

Berat Ideal untuk Sihat

Sejak hampir 5 bulan menjadi Herbalife Distributor, banyak ilmu yang saya dapat tentang penjagaan makanan.tetapi masih banyak lagi yang saya kene belajar. Tak sangka bidang kesihatan yang ala-ala doktor ni bakal saya dalami. Tapi saya maksudkan 'ala-ala' ye, tak lah setanding ilmu Ijazah Kedoktoran (^_^). Saya hanya belajar basic, untuk panduan diri sendiri dan keluarga.

Hakikatnya, memang ramai rakyat Malaysia yang saya temui adalah overweight, terlebih berat badan. Ada yang saya cuba dekati mengatakan dorg selesa dengan fizikal dorg sekarang, saya tak pasti sama ada dorg berkata JUJUR atau dorg taknak saya bebel panjang2 lagi...heeeeee

ok, meh sy kongsi sket ~~~ even sy tahu korg mesti dah tahu fakta ni ~~~ org yg overweight ni, sgt mudah untuk dapat penyakit. kenapa??? sebabnya berlebihan lemak badan menyebabkan saluran darah kita menjadi sempit, dan bila saluran daraj sempit (kerana dipenuhi lemak) oksigen dan darah nye pengaliran pun tak bagus. ~~~bukan bhs bdk sains, so  berterabur sket ~~~ korg just bygkan je la longkang yang byk sampah, mesti pengaliran air tak bpe laju kan, lagi tambah bhy klo longkang tersumbat  




ha...sy dah bg contoh. so, try la assume if saluran dlm badan kite camni...tp tang sampah tu tukar dengan lemak2...~~~ erk (o.O) ~~~

so sbb tu pentingnya berat ideal (BMI Normal or tinggi dan berat balance). tak semestinya org yg nak turun atau naik berat badan tu untuk nampak cantik, tapi utamanya untuk sihat. Cantik tu BONUS (^_~)q.

so, korg ada rasa nak dapat berat ideal?tak pun sedare mare, kawan2 ke...saya boleh tolong ajar camne berdiet tanpa meninggalkan NASI. selalu org diet tak makan nasi kan or senam giler2..tp Herbalifeboleh tolong korg turun atau naik berat badan hanya dengan menggantikan sarapan/dinner dengan minuman nutrisi seimbang. nak tahu lebih lanjut, hubungi saya atau isi borg kat Home.nnt sy hubungi korg blk (^-^)




Thursday, May 10, 2012

Oh! My Calories!!!

bpe agak2 nilai kalori or lemak dlm badan anda?ingin tahu???
read this first
 Kalori dan Pengambilannya

Berminat nak buat Body Scanner???
segeralah isi form kat atas tu tak pun direct je kol saya, jgn malu2 untuk sihat!

Sarapan Yang Sihat

Disebabkan saya tak bpe byk masa nak update blog. anda boleh refer ini untuk maklumat lanjut berkenaan Star Product Herbalife iaitu Formula 1. akk julya yang rajin ni juga ada sediakan beberapa resipi yg lazat + menarik untuk dicuba (^_<)q


Tuesday, May 1, 2012

kamu buat saya rasa...


Teruja!
bila kamu nak cerita something dengan saya
(^o^)

Terperanjat!
serius tak sangka itu jalan ceritanya.
(O.O)

Marah!
kenapa kamu boleh fikir macam tu tentang saya
(!_!)

Kecewa!
sebagai kawan yang dah lama kenal saya
kenapa kamu tak defend saya
ternyata kamu masih belum kenal saya
(~_~)

Malu!
saya positifkan minda
bukan salah kamu menilai saya begitu
mungkin saya yang show something negative towards kamu
(n_n)

Lega!
kalau saya dapat explain A-Z kat kamu
kenapa saya still 'mcm yang kamu maksudkan'
yg penting its all about Me
bukan sape2
(^-^)

Sunday, April 8, 2012

Jangan bersedih, Allah kan ada

JANGAN MENGELUH ............ 
Kita selalu Bertanya.... ......... .....

....dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... ........ 

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? 


QURAN MENJAWAB 

'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.' 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 

KITA BERTANYA : 
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

QURAN MENJAWAB 

'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' 
- Surah Al-Baqarah ayat 216 

KITA BERTANYA : 
KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 

QURAN MENJAWAB 

'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' 
- Surah Al-Baqarah ayat 286 

KITA BERTANYA : 
KENAPA RASA FRUST? 

QURAN MENJAWAB 

'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.' 
- Surah Al-Imran ayat 139 

KITA BERTANYA : 
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB 

'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). ' 

KITA BERTANYA : 
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB 

'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk' 
- Surah Al-Baqarah ayat 45 

KITA BERTANYA : 
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 

QURAN MENJAWAB 

'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.... ? 
- Surah At-Taubah ayat 111 

KITA BERTANYA : 
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

QURAN MENJAWAB 

'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ' 
- Surah At-Taubah ayat 129 

KITA BERKATA : 
AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 

QURAN MENJAWAB 

'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.' 
- Surah Yusuf ayat 12

Wednesday, April 4, 2012

Tukar gear!

Alhamdulillah!
Allah bagi rezki untuk saya grow sedikit demi sedikit dalam Herbalife. Kini, as Senior Consultant.
so, enjin dah lama panas, cuma tak masuk2 gear. sekrang dah kne mahir gear 2 untuk up Gear 3.

hurm, bak kata semua Herbalife Distributor, nak succes ni bukan jalan terus je, bukan macam mendaki gunung yang dah disediakan escalator. tapi mendaki gunung yang sometime we go up and down...sometimes berguling-guling jatuh...heee...Ngeri je bunyinye ek??? but, itulah proses kejayaan. satu ayat inspirasi yg sy jumpe dlm event STS di Pullman, Putrajaya 1 April lalu.

"Biarlah 10x kita jatuh sekali pun, yang penting kita berani untuk bangkit 11x "

lebih kurang mcm tu la..tapi dah cukup buat korg sume faham kan...(^_<)

after this sgt excited nak teruskan Misi menyebarkan Nutrisi Sihat! so, sape2 nak berjaya in the future, tak payah tggu lame, skjp pun boleh, dlm 3-5 tahun klo anda serius dan work hard in Herbalife Bussiness, korg tiada lagi malah kewangan. Bukan untuk terlalu keduniaan, tetapi at least, ape je yg mak ayah or family kita nak, kita boleh bagi dan tak lagi rasa berat hati untuk lebih memberi kerana org yg berjaya ni die "Give More.." not "Take More.." ( ~~~ maaf klo salah grammar ). 

Dengan Herbalife, SIHAT dapat, MASA dapat, UNTUNG pun dapat...so, what are u waiting for?? (^-^)

Tuesday, March 20, 2012

Best Quote!

Don't just focus on the problem
but focus on solution
then you can said,

"Welcome Problem!" you make my life full of colours


p(^_^)q

Monday, March 12, 2012

Never Quit, Just Stay

saya baru sebulan jagung as Herbalife distributor
tapi dugaan yang datang mcm rasa dah setahun
layaklah yg dah bertahun-tahun dalam Herbalife tu rezeki melimpah ruah
Alhamdulillah.happy for u all!

sbb saya tahu
cabaran yg saya alami
mereka pun pasti dah melaluinya
dugaan yg saya tempuhi
mereka pasti dah menghadapinya

sbb tu mereka berjaya
kerana mereka yakin dan percaya
selagi usaha mereka belum cukup dimata Allah untuk Allah turunkan rezeki pada mereka
selagi itulah mereka harus terus berusaha

Never give up!
Never Quit!
Just Stay.

sebab itu
saya dan anda yang baru je menjadi Herbalife Distributor ni
kene work hard!
kene enjoy and happy
dan yg paling penting kene yakin dan percaya + ikhlas dgn diri sendiri
Allah memandang dan mengira setiap usaha hamba-hambaNYA


Wednesday, March 7, 2012

wow!!!

Kita tak pernah percaya yang kita mampu buat suatu perkara melainkan kita yakin dgn diri kita + Yakin Allah sentiasa bersama kita

and TODAY!!
(actually yesterday sbb dah 1pagi pun)
saya edar flyers sekitar rumah berdekatan tadika tmpat saya ngajar
serius!!selama berminggu2 fikir bila nak start edar flyers ni..
aim kawasan rumah, tp xgrk2 jugak

dan semalam, after buat blogwalking mlm sblm tu
cari smgt sket dr org2 yg dah berjaya ni...
so, tanamkan azam utk buat jugak smlm

mule2 mmg susah
puas sy round taman tu
tinjau kawasan
1 bende je yg sy takut
Anjing!
huuuuu...
xpe, cabaran!
doa senjata saya

dan serius,
sy hadapi jugak cabaran tu
dgn cuaca yg panas terik
sy gagahkan jugak
ada mata-mata tuan rumah yg memandang
saya tebalkan jugak muka
senyum...sedekah...
kaki dah mula melecet
teruskan!sikit lagi...
suddenly...
wolf!wolf!wolf!
pergh!!!serius xnampak warning signboard ada anjing besar dlm rumah tu
menggigil sekejap
istighfar, doa, tasbih, tahmid...
semua keluar
sbb terlampau takut.

tapi, sbb flyers kat tgn xhbs lagi
saya trskan ke satu taman lagi
again...
anjing..
tapi kali ni dah prepare..
so, wat muka ala-ala brani

anf finally
finish taman tu..
tak igt bpe buah rumah
yg penting
improve myself
sebelum ni sgn, jadi tak segan
sebelum ni takut,
jadi xtakut
tQ Allah tQ Herbalife


and i like this quote

‎"Your Success is only limited by your own imagination and your hard work."

- Mark Hughes (1956-2000)

Herbalife Founder and First Distributor

Sunday, March 4, 2012

Byk bercuti dgn Herbalife!!!

Hawai







Royal Carribean Cruise













Mereka dah merasai percutian percuma.Superb!!!Great!! I want to be like them also...enjoy and fun after work hard. You also Can!!

*** Sorry to Uncle Allen and family, share your pictures without permission (~_~)

Mengapa kena guna Herbalife?

Hidup sihat Tanpa Herbalife.

boleh ke kita sihat tanpa Herbalife?boleh. siapa kata tidak boleh.
Setiap hidangan makanan kita memerlukan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Protein, vitamin, zat besi, mineral. kalau kita mampu menyediakan sarapan, lunch and dinner dengan nutrisi yang seimbang. So, memg boleh kita hidup sihat tanpa Herbalife. di tambah lagi kita kerap melakukan senaman dan mampu mengawal makanan harian kita dgn baik. Air kosong/mineral/masak pula menjadi rutin harian 3 liter sehari.

so, memg superb!! la klo bole lifestyle mcm tu.

sure Malaysia takkan jadi antara negara yg tertinggi di Asia untuk kes Obesiti.kan2...(^____^)

Hidup sihat dgn Herbalife

Boleh!pasti boleh!Insyaallah. Takkan tak boleh, shake Formula 1 je dah ade nutrisi yg lengkap, so utk sarapan dgn dinner dah setel. xyah fikir nak msk ape. pk msk untuk lunch je.





ok, kat bawah ni cara utk burn kalori. If anda rasa anda mampu untuk bakar kalori anda ikut cara2 dibawah. silakan...Sarapan je dah lbh kurg 700kalori kita ambil (nasi lemak etc), so nak burn blk kalori tu, kne lari selama sejam atau wat skipping. mampu? (^_____^)



Jadi, fikirlah.mana lebih penting?kesihatan atau RM?


Produk Teras Herbalife

Untuk Protein dan Nutrisi Seimbang

- mengandungi 19 vitamin dan nutrien penting
- 9 gram protein dan serat yg membantu menyokong penurunan berat badan
- 0 kolestrol, 0 lemak trans
- terdapat 5 perisa (Vanilla, Chocolate, Strawberry, Tropical Fruit dan Capuccino)



Untuk Pelengkapan Menyeluruh Nutrien Penting

- mengandungi lebih drpd 20 nutrien perlu dan antioksidan
- asid folik, kalsium, zat besi
- sokong sistem imun
- tingkat kesihatan kulit, tulang, rambut



Bantu Badan serap Nutrien dgn lebih Baik
- Tingkatkan aktiviti antioksidan vitamin
- sokong pengeluaran tenaga selular, fungsi vaskular dan sistem imun.
- supplemen protein tanpa lemak untuk kawal rasa lapar dan penurunan berat badan.



Pencernaan Sihat

- Melegakan perut
- Menenangkan mslh pencernaan
- tingkatkan kesihatan usus
- tingkatkan penyerapan nutrien.


~~~ Peringatan!Produk Herbalife bukan produk merawat, mengubat atau mencegah apa-apa penyakit. Ia adalah produk yang membekalkan nutrisi yang sihat. Oleh yg demikian, hasil untuk stiap individu adalah pelbagai. ~~~